00:00Bekas Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dilihat lebih mudah diterima pengundi bukan Melayu berbanding pemimpin PAS.
00:08Namun penganalisis berpendapat kekuatan sebenar Perikatan Nasional atau PN masih banyak bergantung kepada sokongan parti Islam itu.
00:17Penganalisis politik dari Universiti Teknologi Malaysia Mazlan Ali berkata pandangan Presiden Yurimi,
00:24P. Ramasami mencerminkan persepsi sebahagian pengundi bukan Melayu terhadap PN.
00:30Katanya Malaysia sebagai negara majmuk menyebabkan ada pihak lebih selesa melihat pemimpin daripada persatu mengetuai gabungan itu.
00:39Menurut Mazlan, walaupun Menteri Besar Terengganu Ahmad Samsuri Mokhtar dilihat mempunyai potensi besar,
00:45PAS masih berdepan cabaran untuk meyakinkan pengundi bukan Melayu.
00:50Ini kerana parti itu sering dikaitkan dengan agenda Islam dan pelaksanaan kudut.
00:57Sebelum ini, P. Ramasami mendakwa tiada pemimpin PAS mampu menandingi pengalaman politik dan kepimpinan Muhyiddin di peringkat nasional.
01:06Beliau turut mendakwa kerajaan perpaduan pimpinan Anwar Ibrahim lebih bimbang terhadap pengaruh Muhyiddin berbanding pemimpin PAS.
01:16Bagaimanapun, penganalisis dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Shaza Syukri,
01:21berkata kedudukan Muhyiddin dalam PN tetap bergantung kepada PAS.
01:26Katanya, walaupun Muhyiddin mempunyai pengalaman lebih luas,
01:29PAS masih menjadi kekuatan utama gabungan itu menjelang PRU-16.
01:35Sahabat Alam Mirai Syahir, FMT
Comments