00:00Tindakan disiplin besar-besaran dalam bersatu dilihat mampu menstabilkan parti selepas krisis dalaman berpanjangan.
00:08Namun penganalisis berpendapat langkah itu juga boleh mengecilkan ruang pandangan berbeza dalam parti.
00:17Penganalisis politik dari Universiti Melayu Taufik Yaakob berkata kepimpinan bersatu kini mahu menampilkan image lebih stabil
00:25dengan hanya mengekalkan pemimpin yang setia dan patuh kepada disiplin parti.
00:31Katanya pendekatan itu boleh membantu parti bergerak lebih tersusun menjelang pilihan raya.
00:37Bagaimanapun beliau mengingatkan bahawa terlalu menekankan soal kesetiaan boleh memberi kesan negatif.
00:45Menurutnya jika semua pandangan kritikal dianggap ancaman, parti mungkin hilang budaya semak dan imbang
00:52serta gagal menyesuaikan diri dengan perubahan sentimen rakyat.
00:57Taufik turut berkata bersatu yang masih dianggap parti muda memerlukan kepelbagaian idea dan tokoh untuk terus berkembang.
01:05Katanya jika terlalu ramai pemimpin berprofil tinggi disingkirkan, parti itu mungkin stabil secara dalaman
01:13tetapi semakin lemah dari segi pengaruh nasional.
01:17Sebelum ini, Ketua Penderangan Bersatu Tun Faisal Ismail Aziz mempertahankan tindakan disiplin parti terhadap beberapa pemimpin
01:26termasuk Ahli Parlimen dan Adon.
01:30Sementara itu, penganalisis dari Global Asia Consulting Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri
01:35berkata persaingan antara Bersatu dan UMNO kini dilihat semakin tertumpu kepada usaha meraih kembali sokongan pengundi Melayu.
01:45Zaharul Alamia, Syahir, FMT
Comments