00:00Walaupun Menteri Besar Negeri Sembilan Aminuddin Harun diberi tempoh penangguhan 6 bulan susulan Pertikaian Barisan Nasional atau BN dan Pakatan
00:10Harapan atau PH,
00:12hubungan antara kedua-dua gabungan itu bakal berdepan ujian besar mengenai keupayaan mereka merendahkan ketegangan, kata seorang penganalisis.
00:20Awang Azman Pawi dari Universiti Melayu berkata, tempoh itu berfungsi sebagai tempoh percubaan politik untuk menilai sejauh mana kedua-dua
00:30gabungan mampu mengurus perbezaan dalam kerajaan negeri.
00:35Katanya jika 6 bulan itu berlalu dengan lancar, ia akan mengukuhkan keyakinan bahawa formula PHBN mampu bertahan sehingga PRU-16.
00:45Jika gagal, ia akan memberi isyarat bahawa keretakan di peringkat negeri boleh merebak ke peringkat persekutuan.
00:53Aminuddin sebelum ini berdepan cubaan menjatuhkannya apabila 14 adun UMNO menarik balik sokongan terhadap beliau sebagai Menteri Besar.
01:03Namun Kepimpinan Nasional UMNO tetap mempertahankan kerjasama parti itu dengan PH dengan kedua-dua pihak kemudian bersetuju menangguhkan sidang dua
01:13negeri.
01:14Sementara itu, penganalisis politik Ahmad Fauzi Abdul Hamid dari Universiti Sains Malaysia berkata,
01:20tempoh 6 bulan itu hanyalah penangguhan sementara daripada perpecahan yang boleh mengganggu kerajaan negeri ibarat menutup masalah buat sementara waktu
01:30berbanding menyelesaikannya.
01:33Zahra Alamia Syair, FMT
Comments