00:00Pendapatan isi rumah RM13,000 yang tinggal di bandar seperti Kuala Lumpur
00:05dengan 5 anak masih bersekolah dan universiti boleh jatuh ke M40, bahkan B40.
00:12Itu kata setiausaha agung UMNO, Ashraf Wajidusuki.
00:16Oleh itu, beliau meminta kerajaan berhati-hati dalam menentukan kadar pendapatan
00:21dalam melaksanakan cadangan penyasaran subsidi petrol untuk golongan berpendapatan tinggi.
00:26Beliau berpendapat kriteria pendapatan kasar semata-mata tidak lagi relevan
00:31untuk menggambarkan kemampuan kewangan sebenar sesebuah isi rumah,
00:35terutamanya bagi mereka yang menetap di pusat bandar metropoliten.
00:39Ketua Wanita Amanah Aiman Adirah Sabu pula berkata,
00:43kelayakan subsidi petrol perlu lebih persis dengan mengambil kira pendapatan boleh guna
00:48dan profil tanggungan berbanding hanya bersandarkan gaji kasar.
00:52Menurutnya, rasionalisasi subsidi dimulakan secara lebih bersasar
00:57kepada kelompok pendapatan tertinggi atau T1
01:00bagi melindungi kelas menengah yang terkesan dengan kenaikan kos sari hidup.
01:04Kerajaan ketika ini menanggung subsidi lebih RM6 bilion sebulan
01:09bagi bahan bakar sejak krisis di Timur Tengah
01:11lebih tinggi berbanding RM700 juta sebulan sebelumnya.
01:15Azurin Zainal, FMT
Comments