00:00Convention Pakatan Harapan atau PH minggu ini dijangka menjadi pentas penting untuk menentukan hal tujuh gabungan itu menjelang PRU-16.
00:10Tumpuan utama ialah hubungan PH dengan UMNO. Agenda reformasi dan persiapan menghadapi pilihan raya akan datang.
00:18Penganalisis politik Shaza Syukri dari Universiti Islam Antarbangsa Malaysia berkata PH mungkin mengambil pendekatan pragmatik
00:26dengan membenarkan barisan nasional atau BN bertanding solo.
00:30Katanya hubungan PH UMNO kini dilihat semakin rapuh selepas krisis politik di Negeri Sembilan.
00:37Dalam masa sama perhatian turut tertumpu kepada DAP menjelang kongres parti itu pada Julai.
00:43DAP dikatakan berdepan tekanan daripada penyokong supaya lebih agresif memperjuangkan reformasi dalam kerajaan perpaduan.
00:52Sementara itu Siwa Murugan Pandian dari Universiti Sains Malaysia berkata konvensyen itu juga penting untuk meredakan ketergangan dalaman PKR
01:02selepas pemilihan parti yang menyaksikan pertembungan Ken Rafizi Ramli dan Nurul Izzah Anwar.
01:09Beliau berkata PH perlu memastikan semua pihak kekal bersama menjelang PRU-16.
01:15Konvensyen di Johor Baru itu turut dijangka membincangkan kemungkinan pilihan raya awal
01:21serta langkah PH sekiranya UMNO memilih bergerak solo atau menarik sokongan terhadap kerajaan perpaduan.
01:28Zaharul Alamieh Shair FMT
Comments