Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
Beberapa warganegara Britain yang terjejas akibat penularan wabak hantavirus di atas kapal MV Hondius telah tiba di Lapangan Terbang Tenerife pada Ahad untuk dibawa pulang ke negara masing‑masing. Proses pemindahan dipantau rapi oleh pegawai kesihatan antarabangsa dengan kawalan ketat bagi mengelakkan penularan kepada orang awam. Pihak berkuasa kesihatan United Kingdom memaklumkan bahawa kesemua penumpang dan kru terlibat akan menjalani pengasingan serta ujian saringan susulan, selaras dengan saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Beberapa individu warga negara Britain yang terkesan akibat penularan wabak hantavirus di atas kapal MV Hondias tiba di lapangan terbang
00:09Tenerife sebelum dibawa pulang ke negara mereka.
00:12Menurut pegawai kesihatan antarabangsa, proses bagi pemindahan ini akan terus dipantau dan dijangka berlangsung sehingga Isnin.
00:22Semua penumpang terbabit telah dibawa ke lapangan terbang tersebut menggunakan bas tentera sebelum dipindahkan dari pulau perkenaan menaiki pesawat kerajaan
00:29yang disediakan oleh negara masing-masing.
00:31Selain itu, pihak berkuasa menegaskan bahawa para penumpang tidak boleh mempunyai sebarang komunikasi secara fizikal dengan orang awam sepanjang proses
00:38pemindahan itu.
00:39Pihak berkuasa kesihatan United Kingdom juga memaklumkan 22 penumpang dan kru warga Britain akan dibawa ke sebuah hospital di barat
00:46laut England untuk menjalani tempoh pengasingan awal sebaik tiba di negara itu.
00:50Sebagai langkah berjaga-jaga, para penumpang akan menjalani penilaian kesihatan dan ujian saringan sepanjang tempoh awal sehingga 72 jam di
00:58sebuah fasiliti terkawal.
00:59Dalam paritu pertubuhan kesihatan sedunia WHO mengesyorkan tempoh kuarantin selama 42 hari ke atas semua penumpang kapal berkenaan bermula ahad.
01:08Hantar virus lazimnya disebabkan melalui haiwan namun dalam kes tertentu boleh menular antara manusia, pertama kali dikesan pada 2 Mei.
01:15Penemuan itu dibuat 21 hari selepas kematian penumpang pertama apabila pihak berkuasa kesihatan Afrika Selatan menguji seorang lelaki warga Britain
01:23yang ketika itu dirawat di unit terapi.
01:25Manakala dua lagi penumpang dilaporkan meninggal dunia selepas kejadian berkenaan.
01:29Terima kasih kerana menonton!
01:34Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended