- 6 hours ago
Pengumuman peraturan baharu EV CBU oleh MITI yang akan berkuat kuasa mulai 1 Julai 2026 dijangka membawa perubahan ketara kepada industri automotif negara. Keperluan nilai CIF minimum RM200,000 serta output kuasa sekurang‑kurangnya 180 kW bukan sahaja melonjakkan harga kenderaan elektrik di pasaran, malah mengehadkan pilihan pengguna dan mengubah persaingan sedia ada. Walaupun langkah ini bertujuan menggalakkan pemasangan tempatan (CKD) dan melindungi pemain domestik, ia turut menimbulkan kebimbangan terhadap daya mampu milik, kestabilan dasar serta masa depan jenama EV antarabangsa di Malaysia.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Kita nak mengeluarkan perbincangan dengan penghujung April lalu, satu dokumen rasmi Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri atau MITI yang menggariskan
00:08peraturan baharu berkaitan kenderaan elektrik import sepenuhnya atau EVCBU telah menarik perhatian ramai pemain industri.
00:16Dan bermula 1 Julai 2026 nanti semua EVCBU yang masuk ke Malaysia wajib mematuhi keperluan nilai minimum kos, insurans dan
00:24tambang ataupun CIF minimumnya RM200,000 serta output kuasa sekurang-kurangnya 180 kW.
00:31Satu perbahan yang besar memberi kesan langsung pada harga pilihan pengguna dan juga landscape persaingan pasaran EV tempatan.
00:38Langkah ini dilihat bertujuan menggalakkan pemasangan tempatan ataupun CKD serta melindungi pengeluar tempatan namun pada yang sama mencetuskan persoalan tentang
00:47kesannya terhadap daya mampu milik, kestabilan dasar dan juga masa depan jenama EV antarabangsa di Malaysia.
00:52Jadi untuk mempunyai lebih dalam implikasi sebenar dasar baru ini kita bersama, Hezri Samsuri, Penganalisis Industri Automotif.
00:59Assalamualaikum, Selamat pagi, Hezri. Terima kasih kerana bersama dengan kami di Niagawani.
01:03Kalau kita lihatlah dokumen MITI yang diedarkan penghujung April lalu itu memperkenalkan perlihan daripada harga lantai kepada keperluan nilai CIF
01:12minimum.
01:12Jadi dari sudut industri automotif pandangan Hezri sendiri, jauh mana sebenarnya perubahan istilah dan juga kaedah pengiraan ini mengubah realiti
01:21kos sebenar serta juga strategi harga EV CPU di Malaysia?
01:27Kalau kita tengokkan istilah, harga lantai ialah harga yang paling rendah yang akan ditawarkan kepada pembeli.
01:33Tetapi untuk CIF pula ialah harga kos, harga insurans dan juga harga kos pengangkutan tak termasuk cukai-cukai dan juga
01:43margin, profit margin untuk peniaga.
01:46Ini bermakna kalau kita lehatkan pada harga CIF, kos dia akan bertambah lagi tinggi.
01:53Jadi apa yang kita boleh expect ialah harga keperluan itu akan meningkat dari apa yang sepatutnya yang diumumkan awal dulu.
02:03So ini memang akan ada satu peningkatan yang sangat drastik lah.
02:07Tapi kalau kita lihat itu berkenaan dengan kos nilai ataupun CIF, adakah ini akan mencerminkan dasar yang lebih ketat mungkin
02:15secara terselindung dan bagaimana ia sebenarnya memberi kesan kepada daya mampu milik EV untuk pengguna pertengahan sebagai contoh?
02:23Okey. Ini memang dah bukan selindung dah lah. Saya rasa memang sangat obvious lah.
02:29Memang kita boleh nampak memang akan ada peningkatan harga dan memang akan ada, kita kata macam mana nak cakap,
02:36pilihan akan menjadi lebih terhad kepada pembeli-pembeli kelas pertengahan ini.
02:41Cuma sekarang ini kita boleh nampak fokus dia untuk ke arah yang mana.
02:46Maknanya yang EV harga permulaan memang masih lagi ada dan EV yang mewah tak akan terkesan.
02:54Yang bahagian tengah ini yang nampaknya akan terkesan dengan cukup besar lah.
03:00Tapi kalau kita lihat syarat output kuasa 180 kW ni secara jelas menyingkirkan banyak EV dalam segmen C dan juga
03:08segmen B dari perspektif pasaran,
03:11adakah ini sebenarnya nak menetapkan berlandaskan keperluan teknikal dan keselamatan ataupun lebih kepada mekanisme penapisan pasaran sahaja?
03:19Oh ya ini teknikal pun bukan, keselamatan pun bukan.
03:24Saya rasa ini memang satu mekanisme penapisan.
03:28Ada model-model spesifik ataupun mungkin jenama spesifik yang tidak dibenarkan masuk.
03:34Kita pun tak pasti untuk mungkin ada untuk melindungi jenama-jenama tertentu.
03:40Kita pun tak pasti.
03:42Tetapi ini bukan satu benda yang baru.
03:44zaman dulu lagi sewaktu permulaan Perodua dengan Proton memang kita sudah ada sedikit penapisan.
03:51Tetapi zaman itu Proton dengan Perodua baru nak menganggap so memang normal untuk mana-mana negara memberikan perlindungan kepada jenama
04:00-jenama nasional.
04:01Cuma perlindungan ini tak bolehlah diteruskan sehingga kiamat.
04:06Yang itu memang bermasalah lah.
04:07So yang ini pada pendapat saya memang satu mekanisme penapisan.
04:12Cuma tidak pasti adakah untuk certain models ataupun untuk certain brand.
04:18Kalau dengan peraturan terbaru MITI ini, kalau pandangan Hezri sendiri sebab ia terkena kepada semua EVCBU ataupun pengeluaran luar kendaraan
04:28EV termasuk juga model yang dah lama ada.
04:30Jadi sejauh mana perubahan drastik ini boleh kacau keyakinan pelabur dan juga pengeluar terhadap konsistensi dasar otomotif kita?
04:39Okey, yang ini saya rasa kan, impact dia memang akan ada impact.
04:45Cuma saya rasa dalam tahun 2026 ni ramai pelabur dah masak tentang perangai kerajaan Malaysia.
04:52Dia hari ni dia nak kicap, besok dia nak sos tomato, lusa dia nak budu, tulat dia nak cistat.
04:57So memang saya rasa kebanyakan syarikat otomotif dah boleh agak akan ada perubahan.
05:03Tetapi Malaysia masih lagi sebuah pasaran yang lukratif, pasaran yang menarik.
05:09Diorang boleh lihat kejayaan jenama-jenama legacy di Malaysia ini.
05:15Contohnya seperti Daihatsu, Honda, Toyota.
05:18Sebab orang Malaysia memang cukup gemarkan kereta.
05:21Di Malaysia ini, orang Malaysia memang sanggup bayar untuk beli kendaraan.
05:27Contohnya macam motosikal.
05:28Walaupun motosikal itu harganya RM20,000.
05:30tetapi bila dealer naikkan kepada RM30,000, orang Malaysia tetap sanggup beli.
05:36So ini menjadikan Malaysia antara pasaran paling seksi di ASEAN.
05:41Kerana itu walaupun kita punya polisi berubah-ubah, kadang-kadang U-turn, kadang-kadang ada exit ke kiri, ke kanan.
05:50Tetap dia nak masuk.
05:51Sebabnya ialah memang pasaran di Malaysia ni dia seperti membuka ruang ke pasaran ASEAN.
05:58Sekiranya Malaysia boleh terima, negara-negara lain akan tengok dan ok, Malaysia boleh terima, which means these are good cars,
06:06dia pun akan nak.
06:07So itu memang menarik sebenarnya.
06:09So saya rasa ada impact, ada impact tetapi mereka tetap akan datang.
06:14Macam Azri kata, dasar dan juga polisi ataupun kehendaknya berubah-ubah tapi memang satu matlamatnya untuk galakkan pemasangan tempatan ataupun
06:23CKD ni.
06:24Tapi dengan lebih kurang 2 bulan je nak sampai 1 Julai 2026, realistik ke sebenarnya untuk pengeluar global buat perancangan
06:33ataupun nak buat pelaburan dan terus jalankan operasi CKD secara mampan?
06:38Oh tak, tak boleh. Untuk set up production line sahaja dah makan setahun.
06:42So kalau kita buat SKD, semi knockdown pun tak akan sempat.
06:46Kenderaan yang dah sampai dekat port sekarang ni yang tengah berehat pun saya rasa tak akan sempat untuk buat preparation
06:53dalam masa 2 bulan.
06:54kerana ia bukannya setakat produk sahaja tetapi daripada segi marketing, daripada segi strategi pemasaran mereka apa semua ni akan berubah.
07:03Kerana target market mereka ialah untuk mungkin pasaran yang ini jumlah jualan mungkin target dia 100 ataupun 200 bulan.
07:12Dengan perubahan harga, dia boleh makin menurun.
07:15So ini memang satu masalah jugalah.
07:17So saya rasa dalam banyak-banyak perubahan yang inilah perubahan yang akan memberikan impak yang sangat besar.
07:24Ok sekarang ni bila kita cakap nak menggalakkan EV tempatan, kita ada pilihan 2 dari proton iaitu imas dan juga
07:31perdua QVE.
07:33Dan sekarang ni kita lihat proton imas lah nampak macam paling bawah untung besar di bawah dasar baru ni.
07:38Sementara banyak persaing dalam julat lebih kurang 100 ke 300 seribu hampir hilang dalam pasaran.
07:44Jadi dari sudut persaingan sihatlah pandangan Hezri sendiri, adakah ini boleh jadi pasaran yang terlalu berat sebelah dan juga kurang
07:51inovasi untuk bawa ke pasaran ataupun produk-produk tempatan?
07:58Ok. Bila Nabilah cakap berat sebelah, ini bukan satu benda yang baru pun.
08:02Kalau kita dalam pasaran untuk membeli kenderaan di bawah harga 100 ribu ringgit, kita memang tahu dah jenama apa yang
08:09ada.
08:09Dan memang daripada dulu lagi, pasaran di bawah 100 ribu memang berat ke jenama-jenama nasional.
08:16Dan buat masa sekarang ni saya lihat memang satu jenama nasional dia memang pegang lah pasaran yang itu.
08:21So untuk EV ni, pasaran dia jauh lebih kecil daripada pasaran kereta-kereta berenjen ataupun ICE.
08:26So berat sebelah tu saya rasa lambat laun orang bila tak ada opsi dia akan beli jugalah.
08:33Cuma kita kena berlaku adil kepada orang kata apa pembelilah.
08:39Sebabnya negara-negara lain pun mereka pun ada jenama-jenama tempatan.
08:42Tetapi jenama tempatan mereka lebih berdaya saing dan tidak ada banyak sangat kelindungan diberikan.
08:48Namun begitu, pembeli tempatan di negara-negara itu mendapat pilihan-pilihan kenderaan yang jauh lebih baik.
08:55So di Malaysia ini, saya rasa kita masih lagi kekurangan sebab itu.
09:00Walaupun dah 40 tahun kita bermain dengan kenderaan nasional,
09:05saya tak nampak pun kita ke arah sesuatu yang lebih baik, yang lebih menguntungkan para pembeli.
09:11So sekarang ni zaman dah berubah, kita ada media sosial, kita ada apa semua.
09:14informasi pun lebih mudah diterima.
09:17Jadi orang dah tahu dia ada banyak jenis pilihan lain tetapi tak dapat.
09:22So inilah satu permainan optik yang pihak kerajaan perlu cakna.
09:27Mereka perlu bersedia.
09:28Sebab backlash dia tak akan jadi menariklah.
09:32Satu lagi, dari bawah peraturan baharu BT ni, syarat tambahan CKD sebagai contoh nisbah ekspor 8%
09:40dan juga keperluan kemudahan mengecat.
09:42Sebagai contoh, kita ambil kes yang berlaku sebelum inilah.
09:43pada kereta BYD yang mungkin nampak agak ketat.
09:47Jadi ini betul-betul sebenarnya selari dengan realiti pasaran di ASEAN
09:50ataupun pandang-pandangan Henry sebenarnya boleh buat pelabur asing fikir dua kali sebelum nak melabur.
09:58Okey, yang ini ni satu perkara yang unik.
10:0180% ni semua orang tahu tak logik.
10:0380% dia boleh sikit ni untuk ekspor memang satu benda yang sangat berat lah.
10:08Cuma saya rasa yang ini dia target pada satu jenama sahaja.
10:12Sebabnya kita tak nak jadikan Malaysia sebuah negara di mana mereka nak dump
10:17ataupun mereka nak buang stok-stok terlebih mereka di sini.
10:21Okey.
10:22Dan kita tahu memang satu jenama tu memang cukup suka buat benda tu lah.
10:25Sampaikan dia bagi diskaun banyak.
10:27Sampaikan pihak bank pun tak berani nak bagi loan 90%.
10:30Dia akan bagi loan yang lebih bawah daripada itu kerana perbuatan memberi diskaun yang terlampau banyak.
10:38Diskaun yang terlampau banyak ni mungkin memang seksi kepada pengguna tetapi untuk pihak bank,
10:43untuk pihak insurans, ini akan memeningkan kepala kerana value kenderaan makin lama makin turun.
10:47So kita tak boleh ada benda tu dan saya rasa inilah satu tindakan tegas daripada MITI
10:52untuk menghentikan perbuatan dumping ini supaya syarikat-syarikat luar hormat pasaran kita.
10:59dan benda ni memang dah berlaku pun.
11:01Di Thailand dah berlaku dan di beberapa negara lain.
11:04So saya rasa MITI yang ini dia nak hukum mana-mana jenama yang buat perkara macam itu.
11:12Kita memang kena ada anti-dumping law.
11:14So yang ini saya rasa dia lebih ke arah itu.
11:17Sebab apa pun, walaupun kita tahu consumer nak beli ini tu apa semua ni,
11:23pasaran negara kita tetap kena jaga sebab long-term effect dia
11:27cukup membimbangkan dan akan menjadi masalah yang besar kepada negara lah.
11:32So ya saya rasa saya sokong MITI berlaku tegas demi untuk melindungi pasaran negara kita ini.
11:39Kita tak boleh dibuli oleh negara-negara besar lah.
11:42So secara rangkum lah kita nak tengok secara meluruh daripada perspektif yang umum.
11:48Dah tengok keseluruhan kesan, harga naik, pilihan EV pun makin terhad ataupun sikit
11:53dan ada jenama pun berkemungkinan nak tarik diri dari Malaysia ini.
11:57Siapa sebenarnya yang paling untung dan siapa sebenarnya yang paling terkesan
12:00dalam ekosistem EV Malaysia termasuklah pengguna juga?
12:05Kita kena lihat imbangan yang perlu wujud.
12:08Contohnya negara memang perlukan sumber pendapatan.
12:12EV ini mempunyai insentif di mana dia ada pengecualian duty excise dan duty import
12:17yang diumumkan dalam tahun 2022 lagi oleh Menteri MITI zaman itu.
12:21Tetapi pada zaman itu saya kira kerajaan tidak jangka akan berlakunya
12:28gangguan bekalan minyak menyebabkan harga bahan api meningkat
12:32dan kerana itu ramai yang memilih untuk membeli EV.
12:36So basically jualan EV meningkat dengan banyak.
12:38Ini juga bermakna negara rugi banyak daripada segi cukai.
12:43So saya rasa MITI perlu imbangkan defisit perdagangan kita.
12:48So inilah tanggungjawab mereka, inilah KPI mereka.
12:51dan syarikat kenderaan pula memang tahu cabaran-cabaran
12:55daripada segi tarikh dan polisi serta sekatan perdagangan.
12:58Dan daripada Malaysia pun mereka pun dah tahu dah perangai kita macam mana.
13:02Tetapi dalam masa yang sama, kena berlaku adil juga kepada syarikat kenderaan.
13:06Kerana rantaian bekalan mereka yang besar ini perlukan masa untuk sebarang perubahan.
13:12Multiplier effect untuk industri otomotif ini sangat besar.
13:16So kalau kita tak jaga, negara juga yang akan rugi.
13:20Now, jenama-jenama national, saya rasa memang akan untunglah.
13:25Buat masa sekarang ni saya nampak ada jenama national dan juga cherry
13:28yang saya nampak akan menerima banyak kelebihan daripada peraturan baru ini
13:33sebab mereka semua dah bersedia.
13:35macam perdua-dua ialah dia cuma ada satu sahaja model EV
13:39so yang betul-betul akan menerima
13:41apa habuan ni, laproton dan juga cherry.
13:45Tetapi kita tak boleh nak
13:48biar mereka cuma menjadi jago kampung sahaja.
13:52Sebab kalau tidak,
13:54kita akan ada pasaran yang tidak seimbang.
13:57Buat masa sekarang ni,
13:58syarikat national sudah memegang
14:00lebih daripada 60% pasaran otomotif negara.
14:04Ini bermakna kita ada 35 lagi jenama yang bukan national.
14:09Mereka cuma berebut untuk
14:11lebih kurang 200-250 ribu unit kenderaan setahun.
14:15So dulu kita cuma ada tak sampai 10 jenama-jenama non-national.
14:20Tapi sekarang lebih 30,
14:23saya tak terkejut kalau mana-mana yang buat kilang CKD dekat sini
14:27boleh tutup kilang kerana volume yang tidak mencukupi.
14:31Maksud saya ialah
14:32kerajaan kena tahu apa yang mereka mahukan.
14:36Adakah kita hendak pasaran otomotif ini
14:38dikawal oleh jenama national sahaja
14:40dan kita tak akan dapat pelabur asing untuk datang.
14:44Ataupun kita kena letak sedikit limit
14:46kepada syarikat nasional.
14:48mereka perlu mula mengeksport.
14:51Mereka tidak boleh harap keuntungan
14:53daripada jualan domestik sahaja.
14:55Dah 40 tahun ni kita rasa cukup-cukup lah tu.
14:58Kita nak diorang matang, they have to export.
15:01Dan juga Nabila, kita juga kena tahu
15:03dua-dua syarikat nasional kita ini
15:05mempunyai rakan kongsi.
15:07So saya sebagai rakyat saya pun nak tahu
15:09berapa keuntungan yang dibawa balik
15:11oleh rakan kongsi mereka itu.
15:12Adakah kita yang dapat
15:14majority daripada keuntungan itu
15:16ataupun mereka.
15:17sebab kita tak nak digunakan lah.
15:20Yang itu paling penting.
15:21Sekarang ni pun kita boleh-boleh nampak dah
15:22macam mana syarikat-syarikat ni
15:26menggunakan Malaysia ni lah.
15:28So saya rasa itu satu benda yang saya rasa
15:29memang kena berlaku tegas.
15:31So apa-apa pun dasar yang baru
15:33dikenalkan meeting ni
15:34mempunyai ruang perbincangan besar lah
15:36tentang hal tujuh industri vi negara
15:38antara mungkin keperluan melindungi industri tempatan
15:41dan juga nak pastikan
15:42pasaran ni kekal kompetitif
15:44serta mesra pengguna.
15:45Jadi terima kasih diujukkan kepada
15:46Hezriya Samsuri
15:47Penganalisis Industri Automotif
15:49atas perkongsian itu tadi
15:50dan segalanya akan kami rangkumkan
15:51dalam semua platform digital
15:52S.J.O.N.I.
15:53selamat menikmati.
Comments