Skip to playerSkip to main content
  • 11 hours ago
Pencerobohan nelayan asing yang mengaut hasil laut negara secara haram terus menjadi ancaman serius terhadap kedaulatan perairan Malaysia apabila Operasi Naga (Op Naga) merekodkan 639 tangkapan dengan nilai rampasan mencecah RM244 juta sejak 2019.

Operasi bersepadu melibatkan 17 agensi keselamatan dan penguatkuasaan itu dilaksanakan bagi mengekang aktiviti Illegal, Unreported and Unregulated (IUU) Fishing) yang bukan sahaja melanggar undang-undang negara, malah mengancam sumber ekonomi maritim serta ekosistem laut tempatan.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/778713/berita/semasa/op-naga-5139-lanun-laut-ditahan-rampasan-rm244-juta-sejak-2019

#SinarHarian #BeritaSemasa #Maritim #Lanun #opsNaga
Transcript
00:00Pencerobohan nelayan asing yang mengaut hasil laut negara secara haram terus menjadi ancaman serius terhadap kedaulatan perairan Malaysia apabila Operasi
00:10Naga, OPNAGA, merekodkan 639 tangkapan dengan nilai rampasan mencecah RM244 juta sejak 2019.
00:21Operasi Bersepadu melibatkan 17 agensi keselamatan dan penguatkuasaan itu dilaksanakan bagi mengekang aktiviti illegal, unreported and unregulated fishing yang bukan
00:35sahaja melanggar undang-undang negara, malah mengancam sumber ekonomi maritim serta ekosistem laut tempatan.
00:42Statistik OPNAGA sehingga 31 Mac lalu menunjukkan kawasan Barat Terengganu merekodkan jumlah tangkapan tertinggi dengan 436 kes diikuti Timur Sarawak
00:56sebanyak 128 kes dan Timur Sabah sebanyak 75 kes.
01:02Timbalan Ketua Pengarah Operasi Maritim, Laksamana Madya Maritim Muhammad Zawawi Abdullah berkata OPNAGA merupakan operasi bersepadu berterusan bagi menangani ancaman
01:14keselamatan maritim yang semakin kompleks khususnya di Laut Cina Selatan.
01:19Sejak dilaksanakan, operasi itu turut merekodkan sebanyak 180,767 pemeriksaan selain penahanan 5,139 nelayan asing dari Indonesia, Thailand, Vietnam
01:35dan Filipina yang terlibat dalam aktiviti perikanan haram.
01:39Pencerobohan vesel nelayan asing bukan sekadar pelanggaran undang-undang tetapi ancaman langsung kepada kedaulatan negara, keselamatan perairan serta kelangsungan sumber
01:52ekonomi maritim.
Comments

Recommended