00:00Seorang pelayan bar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Magistrat Air Keruh pada Jumaat
00:05atas pertuduhan memandu dalam keadaan mabuk sehingga menyebabkan kematian seorang penunggang motosikal
00:12yang juga ibu muda dalam kejadian selasa lalu.
00:16Tertuduh S. Darshan, 23 tahun, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Magistrat Uthman Abdul Ghani.
00:24Tertuduh didakwa memandu kereta jenis Pro2 MyV di bawah pengaruh alkohol sehingga menyebabkan kemalangan
00:31dengan sebuah motosikal di jalan ujung pasir hadapan kondominium Pasir Mutiara sekitar jam 2.30 pagi.
00:40Kemalangan itu mengakibatkan kematian penunggang motosikal Nur Aleya Natasha Roslan, 21 tahun.
00:46Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 44 Kurungan 1 Akta Pengangkutan Jalan 1987 Pindaan 2020
00:55yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak kurang 10 tahun dan tidak lebih 15 tahun
01:03serta denda antara RM50,000 hingga RM100,000.
01:07Selain itu, tertuduh juga hilang kelayakan memegang atau mendapatkan lesen memandu
01:13selama timpuh tidak kurang 10 tahun dari tarikh sabitan.
01:17Tertuduh yang diwakili Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Muhammad Mawardi Zainuddin
01:23memohon jaminan rendah kerana tertuduh hanya berpendapatan RM RM2,200 sebulan
01:30dan menanggung bapanya yang berusia 58 tahun.
01:33Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM6,000 dengan seorang penjamin
01:40dan menetapkan 10 Jun depan sebagai tarikh sebutan semula kes.
Comments