Skip to playerSkip to main content
Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Unifi TV akan menjadi penyiar rasmi Piala Dunia FIFA 2026 di Malaysia dalam usaha kerajaan untuk memastikan rakyat dapat menonton kejohanan itu secara inklusif, sah dan menyeluruh.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, keputusan itu dibuat melalui kerjasama dengan sektor swasta bagi menjamin penyiaran berkualiti tinggi serta capaian meluas kepada penonton di seluruh negara.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/778707/berita/nasional/rtm-unifi-tv-penyiar-rasmi-piala-dunia-fifa-2026-di-malaysia---fahmi

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #PialaDuniaFIFA2026 #RTMUnifiTVpenyiarrasmiPialaDunia
Transcript
00:00Kerajaan Madani komited memastikan seluruh rakyat Malaysia dapat menikmati Piala Dunia FIFA 2026 secara inklusif, sah dan menyeluruh.
00:12Bagi tujuan ini, kerajaan telah memutuskan supaya usaha sama dengan sektor swasta di jalin untuk memastikan penyiaran berkualiti tinggi serta
00:22sasaran capaian yang meluas.
00:24Justru, saya dengan sukacitanya mengumumkan penyiar rasmi bagi Piala Dunia FIFA 2026 di Malaysia adalah Radio Television Malaysia, RTM dan
00:37Unify TV.
00:39Piala Dunia FIFA 2026 akan disiarkan di pelbagai platform termasuk free-to-air melalui MyTV serta platform OTT menerusi RTM
00:52Click dan Unify TV.
00:54bagi memastikan akses yang menyeluruh kepada penonton di seluruh negara.
01:02Liputan menyeluruh merangkumi kesemua 104 perlawanan akan disiarkan secara langsung di Unify TV,
01:10menekala RTM akan menyiarkan sebahagian besar perlawanan sama ada secara langsung atau tertunda.
01:18Ini memberikan kepelbagaian pilihan tontonan kepada peminat.
01:24Program Grandstand akan diterbitkan dari Angkasa Puri, Kota Media dengan penyampaian utama dalam bahasa Melayu serta sebahagian dalam bahasa Inggeris.
01:35Perkembangan terkini juga akan dikongsikan melalui program Selamat Pagi Malaysia.
01:39Selain itu, acara tontonan umum akan dianjurkan di lokasi terpilih secara sederhana bagi meningkatkan keterlibatan para peminat.
01:50Beberapa penaja utama yang bersama dalam usaha ini telah dikenalpasti dan sedang dimuktamadkan dan akan diumum dalam masa terdekat.
Comments

Recommended