00:00Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Sesian Sungai Petani pada Khamis
00:04atas pertuduhan mencederangkan istrinya menggunakan pelbagai objek pada Mac dan bulan lalu.
00:10Walaubagaimanapun, tertuduh Rosmaini Abdul Raus, 43 tahun,
00:14mengaku tidak bersalah selepas dua pertuduhan dibacakan di harapan Hakim Najwa Cikmat.
00:20Mengikut pertuduhan pertama, lelaki itu didakwa sengaja menyebabkan kecederaan parah terhadap istrinya,
00:25Nurfitri Mokhtar, 39 tahun, dengan menggunakan kerusi plastik dan getah pipe
00:30di sebuah rumah di Bandar Amanjaya kira-kira jam 5 petang pada 29 Mac lalu.
00:36Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa sekali lagi memukul mangsa menggunakan penyangkut baju
00:42dan penyangkut besi di lokasi sama kira-kira jam 9 pagi pada 23 April lalu.
00:47Berikutan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan
00:52yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun
00:55serta boleh dikenakan denda atau sebatan jika sabit kesalahan.
01:00Dalam proseding sama, pihak pendakwaan memaklumkan tertuduh tidak boleh dijamin
01:04kerana sedang menjalani hukuman penjara di Penjara Kajang.
01:08Bagaimanapun, peguam bela memohon mahkamah mempertimbangkan jaminan
01:12atas alasan tertuduh mempunyai dua isteri serta menanggung sebelas anak,
01:16termasuk tujuh yang masih bersekolah.
01:18Mahkamah bagaimanapun menetapkan tertuduh tidak dibenarkan diikat jamin
01:22dan menetapkan 16 Jun depan untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen.
Comments