Skip to playerSkip to main content
Seorang jurulatih kadet bomba berdepan tujuh pertuduhan di Mahkamah Sesyen Ipoh pada Jumaat melibatkan kes amang seksual fizikal terhadap seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun.

Tertuduh, Muhammad Aidilafifi Muhammad, 28, didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa di antara awal Februari hingga 1 Mei 2026 jam di beberapa lokasi di dalam dan di luar sekolah di sekitar daerah Perak Tengah.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/778981/berita/semasa/jurulatih-kadet-bomba-didakwa-lakukan-amang-seksual-pelajar-perempuan

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #jurulatih
Transcript
00:02Seorang jurulatih kadet bomba dihadapkan ke Mahkamah Session Ipoh atas setuju pertuduhan amang seksual fisikal terhadap seorang pelajar perempuan berusia
00:1114 tahun.
00:12Tertuduh berusia 28 tahun itu didakwa melakukan perbuatan berkenaan di antara Februari hingga 1 Mei lalu di beberapa lokasi sekitar
00:21daerah Perak Tengah.
00:22Selain itu, dia turut berdepan satu pertuduhan memiliki gambar pornografi mangsa dalam telefon bimbit miliknya.
00:28Bagaimanapun, tertuduh mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan terhadap semua pertuduhan yang dikenakan.
00:35Pihak pendakwaan tidak menawarkan sebarang jaminan namun Peguam Bela merayu Mahkamah membenarkan jaminan atas alasan tertuduh menanggung keluarga dan memberi
00:44jaminan tidak akan melarikan diri.
00:46Mahkamah kemudian membenarkan jaminan RM9,000 dengan syarat tertuduh melaporkan diri setiap bulan di balai polis berhampiran serta tidak mengganggu
00:54saksi.
00:55Kes akan disebut semula pada 23 Jun depan.
01:03Terima kasih.
01:04Terima kasih.
01:06Terima kasih.
Comments

Recommended