00:01Kita mulakan dengan laporan ini terlebih dahulu di mana pemandu van yang melanggar murid perempuan tahun 2 Sekolah Kebangsaan Seri
00:07Maimon Batu Pahat sehingga maut pada selasa telah direman 3 hari.
00:11Perintah reman bermula Rabu hingga Jumaat dikeluarkan Magistret Nur Asidah I. Rahman di Mahkamah Magistret Batu Pahat, Johor.
00:19Pemohonan reman terhadap warga emas yang berusia 60 tahun itu bagi membolehkan siasatan dibuat mengikut Seksyen 41-1 Akta Pengangkutan
00:28Jalan 1987.
00:30Dalam kejadian pada selasa, murid tahun 2 Nur Aini Humairah maut selepas dilanggar van dipandu suspek di hadapan pintu pagar
00:40utama sekolahnya pada jam 12.30 tengah hari.
00:44Mangsa cedera parah di kepala dan organ dalaman sebelum disahkan ninggal dunia di lokasi kejadian.
00:52Kejadian itu berlaku hanya beberapa minit sebelum ketibaan ibunya untuk menjemput pulang sebaik sesi persekolahan tamat.
Comments