Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
UMNO dijadual mengadakan pertemuan dengan kepimpinan Pakatan Harapan (PH) seawal minggu depan bagi menangani kemelut politik yang melanda Negeri Sembilan ketika ini.
Transcript
00:00UMNO dijadual mengandakan pertemuan dengan kepimpinan Pakatan Harapan seawal minggu depan bagi menangani kemelut politik yang melanda Negeri Sembilan ketika
00:09ini.
00:09Setiausaha agung UMNO, Dato' Ashraf Wajri Dusuki berkata, mesyuarat tersebut diputuskan susulan resolusi Biro Politik UMNO yang mahu kedua-dua
00:18pihak duduk berbincang bagi menyelesaikan isu melibatkan dasar serta kedudukan parti dalam kerajaan negeri.
00:28Yang paling penting sekali ialah kita sebenarnya, seperti mana dalam ketetapan Biro Politik yang dikeluarkan daripada Pejabat Setiausaha Agung itu,
00:40antara resolusinya adalah untuk kita duduk dengan Biro Politik Pakatan Harapan dalam masa terdekat ini untuk kita melihat beberapa perkara
00:50-perkara yang melibatkan soal dasar kedua-dua parti
00:54dan apa yang berlaku di Negeri Sembilan ini adalah terkait dengan soal dasar dan juga pendirian parti masing-masing.
01:01Jadi saya rasa kita kembali kepada perjanjian, persefahaman membentuk kerajaan perpaduan yang di dalam itu jelas apabila berlakunya sebarang salah
01:12faham
01:13ataupun disput perselisihan, maka kita ada medan kita, majlis perundingan pimpinan itu akan kita lakukan.
01:22Dan insyaAllah dalam minggu depan ini kita akan bertemu.
01:25Ditanya sama ada pertemuan minggu depan akan membincangkan pelantikan Menteri Besar Baru,
01:30Ashraf Wajdi berkata isu berkenaan melibatkan skop yang lebih luas dan tidak terhad kepada kedudukan individu semata-mata.
01:37Banyak aspek yang kita harus lihat. Itu mungkin salah satu daripada perkara tetapi saya boleh katakan maknanya
01:45isu di Negeri Sembilan ini bukan hanya soal mana-mana individu. Ini soal institusi dan juga soal kedaulatan institusi raja
01:57dan juga adat yang perlu kita fahami secara tuntas.
02:07Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended