Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Presiden Pakistan Asif Ali Zardari mengadakan lawatan ke wilayah Hunan, China bagi memperkukuh hubungan ekonomi dan perdagangan dua hala termasuk kerjasama dalam sektor industri, pertanian dan teknologi.
Transcript
00:00Presiden Pakistan, Asif Ali Zardari, mengadakan lawatan ke bandar Changsha di wilayah Hunan, China
00:07bagi memperkukuh hubungan ekonomi dan perdagangan antara kedua-dua negara.
00:12Lawatan itu turut menumpukan kepada kerjasama strategik dalam pelbagai sektor termasuk infrastruktur dan pertanian.
00:20Asif Ali tiba di China pada Sabtu untuk lawatan selama seminggu sehingga 1 Mei dengan singgah di Hunan dan wilayah
00:27Hainan.
00:29Sepanjang lawatan di Hunan, beliau melawat beberapa syarikat utama termasuk Sunny Group dan Hunan T Group
00:35bagi meneroka potensi kerjasama industri dan pertanian.
00:39Di Sunny Group, beliau diperkenalkan dengan peralatan berteknologi tinggi termasuk jentera tanpa pemandu
00:45manakala di Hunan T Group, beliau menyentuh potensi kerjasama dalam sektor teh dan pemodenan pertanian Pakistan.
00:52Asif Ali juga menganugerahkan sitara air Pakistan kepada Dr. China, Pang Siang Bin
00:59atas sumbangan dalam pembedahan jantung menyelamatkan nyawa kanak-kanak Pakistan.
01:04Selain itu, beberapa memorandum persefahaman antara China dan Pakistan turut dimeterai
01:10merangkumi bidang penyah garaman air laut, pertanian dan pertukaran rakyat.
01:16Lawatan itu turut berlangsung sempena ulang tahun ke-75 hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.
Comments

Recommended