Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
UMNO Negeri Sembilan memohon menghadap Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan bagi memaklumkan secara rasmi penarikan sokongan terhadap Menteri Besar, ketika kemelut politik negeri terus menjadi perhatian.
Transcript
00:00UMNO Negeri Sembilan telah memohon menghadap yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhris, Tuanku Munawir, susulan keputusan menarik sokongan
00:08terhadap Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun.
00:11Pegerusi Perhubungan UMNO Negeri Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, permohonan itu dibuat bagi menjunjung maklum pendirian parti berhubung krisis politik
00:21semasa.
00:24Langkah itu disifatkan sebagai usaha memaklumkan secara rasmi pendirian parti berhubung perubahan sokongan politik melibatkan pentadbiran negeri.
00:35Jelasnya UMNO berpegang kepada prinsip termasuk perkara melibatkan agama, bangsa dan institusi diraja yang disifatkan sebagai garis merah dalam kerjasama
00:46politik.
00:48Kata beliau, kemelut berkaitan institusi adat dan undang itu sepatutnya ditangani lebih awal bagi mengelakkan polemik terbuka yang boleh menjejaskan
00:56reputasi kerajaan negeri.
00:59Jalaluddin turut memaklumkan semua eksko barisan nasional diarah memulangkan aset rasmi dan mengosongkan pejabat sejak Isnin.
01:07Pada Isnin, kesemua 14 adun UMNO BN Negeri Sembilan mengumumkan hilang kepercayaan dan menarik sokongan terhadap kerajaan pimpinan Aminuddin Harun.
01:17Bagaimanapun, Aminuddin menyatakan beliau dititahkan oleh Tuanku Muhris untuk meneruskan tanggungjawab mentadbir negeri.
01:25Jalaluddin juga menafikan dawaan berlaku gerakan tebok atap.
01:29Sebaliknya menegaskan tindakan itu berkait prinsip parti dan bukan usaha menumbangkan kerajaan dari luar.
Comments

Recommended