Skip to playerSkip to main content
  • 14 hours ago
Antara perkara yang dibincangkan termasuk cadangan program pembangunan komuniti di kawasan luar bandar Sarawak.
Transcript
00:00Pelakon antarabangsa Henry Golding mencuri perhatian ramai selepas dilihat mengadakan kunjungan ke Parlimen Malaysia pada Isnin bagi sesi perbincangan bersama
00:09pihak berkaitan.
00:11Menerusi perkongsian di akaun Instagram Parlimen Malaysia, Golding yang juga merupakan anak Iban kelahiran Betung Sarawak hadir diiringi dan bertemu
00:21dengan timbalan yang dipertua Dewan Negara, Datuk Nur Jazlan Mohamad.
00:25Antara perkara dibincangkan termasuk cadangan program pembangunan komuniti di kawasan luar bandar Sarawak.
00:31Menurut perkongsian itu, dalam usaha menyuntik elemen merakyatkan Parlimen, Golding juga dibawa melawat ke dalam Dewan Negara dan Dewan Rakyat.
00:41Kunjungan itu menarik perhatian ramai yang teruja melihat kehadiran ikon antarabangsa itu di Parlimen.
Comments

Recommended