00:00Seorang penganalisis politik yang juga merupakan saksi, dirakam percakapan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, SPRM, membabitkan siasatan berhubung sebuah projek
00:10semi-konduktor dibiayai kerajaan bernilai kira-kira RM1.1 bilion.
00:17Menurut sumber, saksi hadir di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya bagi memberi maklumat dan membantu siasatan kes berkenaan.
00:25Katanya saksi tiba di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya pada pukul 10 pagi selasa dan selesai kira-kira 8 jam kemudian.
00:34Sementara itu, pengarah kanan bahagian siasatan Datuk Muhammad Hafaz Nazar ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut dan berkata kes disiasat di
00:44bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.
00:47Katanya saksi telah dilepaskan pada pukul 6.30 petang selasa dan akan disambung lagi Rabu pukul 10 pagi.
Comments