00:00Terdapat jumlah transaksi yang besar dan kerap berjumlah RM19.5 juta dimasukkan ke dalam akaun Parti Politik Bersatu antara 2021
00:10hingga penghujung 2022.
00:13Penolong Pengurus Cawangan Bank Muamalat di PKNS Sya'alam, Nora Azianti Miswan berkata, wang itu masuk melalui 29 transaksi cek
00:24dari akaun bank milik syarikat BAMFUR Sendirian Berhad antara 12 Mei 2021 dan 16 November 2022.
00:34Saksi itu memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada perbicaraan kes Tan Sri Muhyiddin Yassin yang berdepan tujuh pertuduhan menyalahguna kedudukan
00:43dan pengubahan wang haram.
00:45Menurut Nora Azianti, setiap transaksi cek itu berjumlah antara RM500,000 hingga RM2 juta.
00:52Katanya transaksi tersebut menimbulkan keraguan kerana berlaku secara kerap dan tidak selari dengan amalan biasa syarikat lain,
01:00malah tiada syarikat lain didapati membuat bayaran kepada parti politik.
01:05Menurut beliau, istilah donation digunakan dalam cek namun tidak dinyatakan sebagai sumbangan politik.
01:13Nora Azianti berkata laporan transaksi mencurigakan STR telah dihantar kepada ibu pejabat bank untuk tindakan lanjut.
01:21Beliau juga mengesahkan akaun MAMFUR telah ditutup pada 26 Februari 2025.
01:27Perbicaraan bersambung pada Rabu.
01:30Terima kasih telah menonton!
Comments