Skip to playerSkip to main content
  • 14 hours ago
Timbalan Jurucakap Kerajaan Lalida Persvivatana berkata daripada jumlah itu, 17.46 bilion baht akan diperuntukkan di bawah belanjawan tahun fiskal 2027, manakala 93.56 bilion baht lagi akan diperuntukkan bagi tahun-tahun berikutnya.
Transcript
00:00Kerajaan Thailand meluluskan 45 projek bernilai 111.02 bilion baht atau bersamaan 13.49 bilion ringgit bagi memastikan pelaksanaan berterusan
00:14inisiatif utama negara.
00:15Timbalan Jurucakap Kerajaan Lalida Persvivatana berkata, daripada jumlah itu 17.46 bilion baht akan diperuntukkan di bawah Belanjawan Tahun Fiskal
00:262027.
00:28Manakala, 93.56 bilion baht lagi akan diperuntukkan bagi tahun-tahun berikutnya.
00:36Dalam satu kenyataan, selepas mesyuarat kabinet pada selasa, beliau berkata projek diluluskan itu meliputi enam kementerian yang bertujuan menyokong pembangunan
00:45negara jangka panjang.
00:46Beliau berkata, Kementerian Pengangkutan menerima peruntukan terbesar melibatkan 20 projek bernilai 45.70 bilion baht.
00:56Ini termasuk pembinaan jalan raya bagi mengurangkan kesesakan dan pajakan 800 bas elektrik untuk menggantikan bas lama.
01:06Persvivatana berkata, Kementerian Pertanian dan Koperasi akan menyelia 13 projek bernilai 27.38 bilion baht termasuk skim pengurusan aliran air
01:17di Conburi bagi meningkatkan kapasiti takungan serta menyokong pertumbuhan bandar, industri dan pelancongan.
01:24Kementerian Pengajian Tinggi, Sains Penyelidikan dan Inovasi pula menerima peruntukan sebanyak 25.74 bilion baht bagi lima projek termasuk pembangunan
01:36kemudahan perubatan dan penubuhan Fakulti Perubatan Baharu di Nacon Panom bagi menangani kekurangan perkhidmatan kesihatan serantau.
01:45Sementara itu, beliau berkata, Kementerian Dalam Negeri akan melaksanakan projek bernilai 8.94 bilion baht termasuk peluasan sistem bekalan air
01:55di Conburi bagi menyokong isi rumah dan perniagaan selaras dengan pelan pembangunan di bawah koridor ekonomi timur.
02:01Ujah beliau projek berkenaan bertujuan memacu pertumbuhan ekonomi mampan dan menambah baik infrastruktur awam di seluruh negara.
Comments

Recommended