00:00Kerajaan menubuhkan jawatan kuasa peringkat tertinggi biobahan api bagi menyelaras pelaksanaan agenda keselamatan tenaga negara secara lebih tersusun dan bersepadu.
00:11Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Muhammad Nasir berkata, penubuhan jawatan kuasa itu adalah sebahagian daripada usaha memperkasakan agenda keselamatan tenaga negara.
00:21Peranan ini penting kerana produk petrokimia merupakan bahan mentah utama bagi produk seperti plastik, pembungkusan dan pelbagai keperluan harian.
00:34Agenda keselamatan tenaga negara perlu digerakkan secara lebih menyeluruh termasuk melalui penggunaan sumber domestik yang lebih strategik.
00:43Dalam hubungan ini, kerajaan sedang memperkukuh pelaksanaan biodiesel sebagai langkah untuk memanjangkan bekalan tenaga, mengurangkan keberkantungan kepada import serta menyokong
00:56industri tempatan.
00:58Bagi memastikan pelaksanaan agenda ini lebih terselaras dan dipercepatkan, jawatan kuasa peringkat tertinggi biobahan api telah ditubuhkan.
Comments