Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Pihak berkuasa Indonesia menahan 13 suspek susulan skandal penderaan di sebuah pusat jagaan kanak-kanak di Yogyakarta yang mencetuskan kemarahan awam selepas rakaman insiden tular di media sosial.
Transcript
00:00Bertemu kembali. 13 individu ditahan pihak berkuasa Indonesia susulan pendedahan kes penderaan kanak-kanak di sebuah pusat jagaan di Yogyakarta.
00:11Kes itu mencetuskan kemarahan awam selepas rakaman tular memaparkan dakwaan layanan kejam terhadap kanak-kanak di premis berkenaan.
00:22Polis memaklumkan mereka yang ditahan termasuk sebelas penjaga, seorang pengetua dan ketua yayasan yang mengendalikan pusat jagaan tersebut.
00:31Serbuan dilakukan Jumaat lalu di pusat jagaan Little Arisha, susulan laporan bekas pekerja dengan pihak berkuasa menemui 20 kanak-kanak
00:41ditempatkan dalam bilik sempit.
00:44Rakaman CCTV yang tular menunjukkan kanak-kanak kebanyakannya berusia bawah 2 tahun, diikat tangan dan kaki, manakala sebahagiannya dibiarkan di
00:54lantai hanya memakai lampin.
00:57Menurut polis, pusat jagaan itu menempatkan kira-kira 100 kanak-kanak dan lebih separuh dipercayai menjadi mangsa penganiayaan.
01:06Siasatan awal mendapati suspek memberi alasan tindakan itu diambil kononnya untuk mengawal kanak-kanak, susulan kekurangan kaki tangan.
01:16Kesemu suspek kini disiasat dan berdepan hukuman penjara sehingga 5 tahun dan denda sehingga 100 juta rupiah atau bersamaan RM22
01:26,905.
Comments

Recommended