00:00Mesyuarat peringkat Menteri ASEAN Kesatuan Eropah AEMM ke-25 menggesa pihak-pihak yang berkonflik di seluruh dunia agar segera kembali
00:09ke meja rundingan diplomatik bagi menamatkan peperangan dan memulihkan laluan perdagangan bebas.
00:16Menteri Luar Datuk Seri Muhammad Hassan berkata, wakil dua rantau itu senada dalam pendirian mereka bahawa konflik global masa kini
00:24menjejaskan rantaian bekalan antarabangsa.
00:28Katanya perbincangan mesyuarat itu juga banyak didominasi isu geopolitik dunia memandangkan ketegangan yang berterusan tidak mendatangkan sebarang kebaikan kepada ekonomi
00:39negara-negara di kedua-dua rantau itu.
00:41Kita menyatakan sebulat suara dan dalam kita punya jualan statement, ASEAN EU statement jelas sekali menuntut supaya semua pihak berbalik
00:55semula ke meja diplomasi berunding agar perang ini dapat ditamatkan, laluan perdagangan yang bebas dan juga rantaian pengedaran dan bekalan
01:07yang boleh berfungsi semula.
01:09Muhammad berkata Malaysia juga menolak sekeras-kerasnya taktik sesetengah pihak menjadikan perdagangan antarabangsa sebagai senjata untuk menekan negara-negara kecil
01:20yang ekonomi mereka bergantung kepada perdagangan luar.
01:24Saya menyentuh itu kerana kita tidak mahu adanya usaha ataupun yang sedang dilakukan oleh pihak tertentu untuk menggunakan perdagangan ataupun
01:35trade ini sebagai senjata.
01:37Weaponize the trade. Kita tak mahu. Biarlah trade ataupun perdagangan ini dia berurusan ataupun dilakukan secara biasa seperti dulu.
01:47Kita ada platform WTO. Kita ada macam-macam platform. Mengapa dijadikan perdagangan ini sebagai suatu senjata untuk menekan negara-negara.
01:58Jadi itu maksud saya.
01:59Beliau berkata demikian di luar AEMM ke-25, mesyuarat duitahunan yang berlangsung selama dua hari di Bandar Seri Begawan, Brunei
02:07Darussalam yang berakhir pada Selasa.
02:09Terima kasih telah menonton!
Comments