Skip to playerSkip to main content
Lima pertuduhan dadah: Pemandu peribadi berdepan hukuman mati, penjara seumur hidup

Seorang pemandu peribadi berdepan hukuman mati atau penjara seumur hidup selepas dihadapkan di Mahkamah Majistret Ayer Keroh pada Selasa atas lima pertuduhan mengedar dadah pada Mac lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Noafiza Jaafar.

Tertuduh, Chai Koh Chun, 55, didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/777604/berita/semasa/lima-pertuduhan-dadah-pemandu-peribadi-berdepan-hukuman-mati-penjara-seumur-hidup

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #kesdadah #mahkamah #pemanduperibadiberdepanhukumanmati

Category

🗞
News
Transcript
00:00Seorang pemandu peribadi berdepan hukuman mati atau penjara seumur hidup
00:04selepas dihadapkan di Mahkamah Magistrat Air Keruh pada Selasa
00:08atas lima pertuduhan mengedar dadah pada Mac lalu.
00:12Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh Chai Koh Chun, 55 tahun,
00:17selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Magistrat Syarga Shenha Muhammad Sulaiman.
00:22Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa menyedar dadah berbahaya
00:26jenis metilindioximethamphetamine, MDMA, seberat 176.42 gram
00:33di sebuah rumah di Jalan Samarinda, 5, Taman 1, kerubung sekitar jam 4 petang pada 8 Mac lalu.
00:39Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa mengedar dadah jenis nimetazepam
00:43seberat 150.88 gram di lokasi, tarikh dan masa sama.
00:49Kedua-dua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 39B-1-A
00:54Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B-2, Akta Sama.
01:02Tertuduh turut berdepan tiga lagi pertuduhan mengedar dadah jenis sama
01:06di lokasi dan tarikh sama termasuk MDMA
01:09dengan anggaran berat kasar masing-masing
01:11269,382.78 gram dan 298,650 gram
01:19serta satu lagi pertuduhan melibatkan ketamin.
01:23Media sebelum ini melaporkan polis menumpaskan sindikit dadah bernilai RM86 juta
01:28menerusi tiga serbuan ke atas makmal haram dan stor dadah sintetik jenis MDMA
01:34pada 6 dan 8 Mac lalu.
01:36Rentetan itu pada 17 Mac lalu
01:38tertuduh bersama dua individu lain
01:41didakwa di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952
01:46atas pertuduhan mengedar dadah jenis nimetazepam
01:49dengan anggaran berat kasar 1,735.15 gram.
01:55Kesalahan itu didakwa dilakukan pada jam 1 pagi 6 Mac lalu
01:58di sebuah rumah di Jalan PB1, Taman Puncak Bertam, Melaka.
02:05Terima kasih.
Comments

Recommended