Skip to playerSkip to main content
  • 5 weeks ago
Mahkamah Sesyen Putrajaya melepas dan membebaskan seorang lelaki daripada pertuduhan amang seksual fizikal ke atas kanak‑kanak selepas pendakwaan gagal membuktikan kes melampaui keraguan munasabah. Mahkamah turut menegur kelemahan siasatan kes.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Seorang penganggur dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Session Putrajaya hari ini daripada pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak
00:11-kanak lelaki berusia 8 tahun yang didakwa berlaku 4 tahun lalu.
00:16Hakim M. Kunasudari membuat keputusan itu terhadap tertuduh Nali Jin 34 tahun selepas mendapati pihak pendawaan gagal membuktikan kes melampaui
00:27keraguan munasabah.
00:30Li Jin yang sebelum ini bekerja sebagai guru tuition dan pemandu van sekolah didakwa mengikut Seksyen 14A Akta Kesalahan-kesalahan
00:38Seksual terhadap kanak-kanak 2017 atas pertuduhan melakukan perbuatan amang seksual fizikal ke atas kanak-kanak lelaki yang berusia 8
00:47tahun 8 bulan ketika kejadian.
00:49Mengikut pertuduhan tertuduh didakwa melakukan perbuatan memegang dan menghisap kemaluan mangsa bagi tujuan seksual di sebuah rumah di Damansara Perdana
00:58antara 7 hingga 8 Oktober 2022.
01:01Dalam perhakimannya M. Kunasudari berkata, mahkamah mendapati pegawai penyiasat telah cuai dalam menjalankan siasatan antaranya hanya merakamkan kenyataan dua orang
01:12saksi sebelum penahanan dibuat.
01:15Beliau menegaskan adalah menjadi tanggungjawab pegawai penyiasat untuk memastikan siasatan dijalankan secara menyeluruh dan lengkap termasuk aspek penting seperti pemilikan
01:25premis tempat kesalahan didakwa berlaku.
01:27Sementara itu, Peguam Bela Muhammad Amirul Mu'minin Muhammad Sufian berkata,
01:33anak guamnya sebelum ini turut menghadapi satu lagi pertuduhan di bawah akta yang sama namun kes tersebut digugurkan selepas ibu
01:41mangsa menarik balik laporan.
Comments

Recommended