Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
Dendam lama dipercayai menjadi punca insiden tembakan yang mencederakan seorang lelaki tempatan dalam kejadian pergaduhan di luar sebuah pusat hiburan di Jalan Telawi, Bangsar, Kuala Lumpur Selasa lalu.
Transcript
00:00Dendam lama akibat perebutan kawasan dipercayai menjadi punca insiden tembakan yang mencederakan seorang lelaki tempatan dalam kejadian pergaduhan di luar
00:10sebuah pusat hiburan di Jalan Telawi, Bangsar, Kuala Lumpur pada selasa lalu.
00:14Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah JSG Bukiraman, Datuk M Kumar berkata, kejadian kira-kira jam 3 pagi itu membabitkan dua kumpulan
00:22sebelum satu das tembakan dilepaskan dan mengenai perut mangsa.
00:28Menurutnya, polis berjaya menyelesaikan kes itu dalam tempoh kurang 24 jam dengan penahanan dua suspek berusia 27 dan 33 tahun
00:36di sebuah hotel di Klang Selangor.
00:39So, tangkapan dua lelaki warga negara tempatan adalah berumur dalam lingkungan 20-an dan 30-an dan mempunyai rekod jenayah
00:50dan dadah, kedua-dua sekali.
00:53Dan punca atau motif kejadian ini kita percaya bahawa masa ini melibatkan dendam.
01:02Dan kita tidak menolak kemungkinan penglibatan kumpulan yang aktif dalam kegiatan jenayah terancang.
01:11Dendam lama, perubatan kawasan.
01:14Apa yang saya dapat mengesahkan di sini, kita percaya kita telah selesaikan kes ini dengan tangkapan dua orang ini.
01:23Menurutnya, mangsa kini berada dalam keadaan stabil dan masih menerima rawatan di hospital.
Comments

Recommended