00:00Seorang pemandu bas ekspres yang videonya tular selepas memandu dalam keadaan hayal dan disahkan positif syabu dijatuhi hukuman penjara tujuh
00:10bulan serta denda RM8,000 oleh Mahkamah Magistrat Alogajah pada Jumaat selepas tertuduh mengaku bersalah memandu secara berbahaya.
00:19Tertuduh Muhammad Tamrin Ibrahim, 53 tahun, membuat pengakuan itu sejurus pertuduhan dibacakan di hadapan Magistrat Dr. Tioh Suyi.
00:27Mengikut pertuduhan, tertuduh sebagai pemandu bas telah memandu kenderaan tersebut dengan cara berbahaya kepada orang awam.
00:35Perbuatan itu dilakukan di kilometer 196.1 arah selatan, Lebuh Raya Plus, perhampiran persimpangan air keruh dalam daerah Alogajah, Melaka
00:46sekitar jam 3.50 pagi pada 15 April lalu.
00:49Pendakwaan dibuat di bawah Seksyen 42 Kurungan 1 Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak
01:00melebihi 5 tahun dan denda tidak kurang daripada RM5,000 serta tidak melebihi RM15,000.
01:06Di bawah Seksyen sama, butir-butir sabitan hendaklah diendoskan pada mana-mana lesen memandu yang dipegang.
01:13Jika didapati bersalah, tertuduh juga akan hilang kelayakan daripada memegang atau mendapatkan lesen memandu selama tempoh tidak kurang daripada 5
01:22tahun dari tarikh sabitan.
01:24Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan Kamariah Mat Yusof yang mewakili tertuduh dalam rayuannya memohon hukuman ringan memandangkan pengakuan tertuduh telah
01:33menjimatkan masa dan kos mahkamah.
01:35Timbalan pendakwa raya Muhammad Ehsan Nasaruddin memohon hukuman berat dikenakan kerana tindakan tertuduh membahayakan nyamme orang lain.
01:44Mahkamah Kemidian menjatuhkan hukuman penjara 7 bulan dari tarikh sabitan serta denda RM8,000 atau 5 bulan penjara jika gagal
01:53membayar denda.
01:54Duda itu juga hilang kelayakan memandu selama 5 tahun dari tarikh sabitan.
Comments