00:00Dua kapal Malaysia yang membawa bahan api berhadapan dengan beberapa sekatan setelah keluar dari Selat Hormuz.
00:08Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan sedang berunding dengan kerajaan Iran bagi membolehkan kapal-kapal berkenaan melepasi sekatan
00:17dengan selamat.
00:19Masih, masih sebab walaupun diberikan laluan oleh kerajaan Iran, khususnya Presiden Iran, satu dah sampai, satu dah dalam perjalanan. Tapi
00:28dua yang dah keluar itu masih lagi berhadapan dengan beberapa sekatan. Jadi kita sedang berunding sebab kelulusan itu dah diberikan.
00:35Perdana Menteri berkata demikian ketika ditemui selepas sembahyang Jumaat bersama rakyat di Masjid Bandar Permasjaya, Jawa Baru, Johor.
00:44Lima kapal negara sebelum ini dilaporkan terkandas di Selat Hormuz, susulan ketegangan di Asia Barat.
00:50Pada 17 April lalu, Perdana Menteri memaklumkan sebuah daripada lima kapal tangki milik negara masih terkandas di Selat Hormuz kerana
00:59kerosakan di pelabuhan.
01:01Pada 18 April, kapal tangki minyak mentah pertama dari Selat Hormuz selamat tiba di Terminal Pengerang dengan selamat.
Comments