Skip to playerSkip to main content
  • 4 hours ago
Seorang aktivis melempar cecair merah ke arah Reza Pahlavi selepas sidang media di Berlin.
Transcript
00:01Seorang aktivis bertindak melempar cecair berwarna merah ke arah Reza Pahlavi ketika beliau sedang mengadakan lawatan di Jerman pada Khamis.
00:11Menurut laporan agensi Anadolu, kejadian itu berlaku ketika beliau meninggalkan bangunan sidang media persekutuan dan sedang berjalan menuju ke kenderaannya
00:21sambil diiringi pengawal keselamatan.
00:26Rakaman kejadian menunjukkan seorang lelaki mengikuti Reza dari dekat sebelum melemparkan cecair tersebut yang menyebabkan pakaian dan sebahagian lehernya terkena
00:37bahan berkenaan.
00:38Pihak polis kemudian menahan individu terbabit manakala Reza segera memasuki kenderaannya sebelum beredar dari kawasan berkenaan.
00:47Sebelum kejadian tersebut berlaku, Reza telah mengulangi kenyataan menyokong serangan Amerika Syarikat dan Israel terhadap Republik Islam Iran yang telah
00:57berlarutan lebih 40 hari.
00:59Dalam ucapannya beliau menyifatkan tindakan kedua-dua negara itu adalah campur tangan kemanusiaan yang mustahak untuk menggulingkan rejim sedia ada.
01:08Untuk rekod Reza Pahlavi ialah putera mahkota dalam buangan yang kini menetap di Amerika Syarikat.
01:15Beliau merupakan anak sulung kepada Muhammad Reza Pahlavi iaitu syah terakhir Iran yang digulingkan melalui revolusi rakyat diketuai oleh Hayatullah
01:25Kamini pada 1979.
Comments

Recommended