Skip to playerSkip to main content
  • 7 hours ago
Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) hari ini bersetuju dengan tiga cadangan utama meliputi fasilitasi logistik, sokongan mitigasi risiko dan peluasan pasaran bagi memastikan rantaian bekalan serta kelangsungan industri domestik tidak terjejas teruk susulan krisis bekalan global.
Transcript
00:00Majlis Tindakan Ekonomi Negara M10 bersetuju dengan tiga cadangan utama meliputi kemudahan logistik, sokongan mitigasi risiko dan peluasan pasaran bagi
00:10memastikan rantaian bekalan serta kelangsungan industri domestik tidak terjejas teruk, susulan krisis bekalan global.
00:18Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Naseh berkata, langkah tersebut merupakan antara cadangan strategik yang dikemukakan oleh pasukan petugas pengurusan krisis
00:29M10 bersama Kementerian Pelaburan, Pedagangan dan Industri serta Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya.
00:37Beliau berkata, kerajaan turut meneliti bekalan tempatan yang tersedia untuk digunakan oleh industri terkesan selain memperkukuh rundingan dua hala berasaskan
00:46keperluan strategik negara dan prinsip perdagangan yang saling melengkapi.
00:51Bagi sektor pembuatan, terdapat aduan mengenai kekurangan bahan impu utama yang boleh menjelaskan rantaian nilai antara cabaran dikenalpasti ialah kesukaran
00:59mendapatkan bekalan alternatif dalam tempoh singkat dan risiko sekatan atau kekangan daripada negara pengekspor.
01:06Akmal Nasrullah berkata, kerjasama dengan Australia memberi tumpuan kepada kesinambungan bekalan input tenaga dan pertanian termasuk keperluan Malaysia terhadap fosfat
01:15untuk pengeluaran baja dan keperluan Australia terhadap yuria dari Malaysia di samping komitmen mengekalkan kestabilan bekalan tenaga.
01:23Sementara itu, kerjasama dengan China memberi fokus kepada usaha meningkatkan bekalan rezin dan nafta bagi menyokong pengeluaran peranti perubatan kritikal
01:31dalam negara.
01:31Beliau berkata pendekatan tersebut bertujuan menjamin sumber bekalan, mengurangkan risiko gangguan rantaian bekalan global dan memperkukuh keselamatan makanan, tenaga serta
01:41kesehatan negara.
01:43Kerangka tindakan kerajaan kini memberi tumpuan kepada tiga keutamaan utama iaitu menjamin bekalan, memperluas akses bekalan dan mengekang kenaikan harga.
01:52Jelasnya, ini penting kerana krisis yang dihadapi bukan sekadar isu harga tetapi juga keperluan memastikan negara mempunyai bekalan mencukupi, ruang
02:01penyesuaian dan keupayaan melindungi rakyat daripada gangguan bekalan keperluan asas.
02:06Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended