Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Holiday Inn & Suites Penang Prai, sebahagian daripada IHG Hotels & Resorts terus mengukuhkan kehadirannya sebagai destinasi hospitaliti terkemuka di negara ini apabila tiga pencalonan di Anugerah Pelancongan dan Hospitaliti Asia 2025–2026.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Hotel Terkemuka Holiday Inn & Suite Penang Pride terus mengukuhkan kehadirannya sebagai destinasi hospitaliti terkemuka di Malaysia apabila meraih tiga
00:09pencalonan di Anugerah Pelancongan dan Hospitaliti Asia 2025-2026.
00:13Hotel yang sebahagian daripada IHG Hotels & Resorts itu dicalonkan bagi kategori Hotel Baharu Terkemuka Terbaik Tahun 2025, Pengurus Besar
00:22Hotel Terkemuka Terbaik 2025 menerusi pengurus besarnya Nick Ng dan destinasi acara perniagaan terkemuka sepanjang tahun lalu.
00:33Ng berkata pencalonan itu merupakan pengiktirafan bermakna terhadap syarikat yang dibina bersama sebagai satu pasukan selepas dibuka sejak awal Mac
00:42tahun lalu.
00:42Menurutnya, setiap peristiwa penting datang daripada usaha yang konsisten di lapangan, kerjasama kukuh dengan pemilik dan rakan kongsi serta kepercayaan
00:52tetamu hotel tersebut.
00:54Selain itu, mengulas mengenai pengiktirafan dirinya, Ng mengakui kepimpinan yang aktif dan komitmen teguh memainkan peranan penting dalam membentuk perjalanan
01:02hotel tersebut.
01:03Kata beliau, seorang pemimpin perlu dikenali selain sentiasa hadir di lapangan dan bukanlah seorang yang memimpin secara di belakang tabir.
01:11Terletak secara strategik berhampiran zon perindustrian PRAI dan berdekatan dengan lapangan terbang antarabangsa Pulau Pinang, hotel yang mempunyai 332 bilik
01:20itu menjadi hub utama untuk pelancong perniagaan yang mencari sambungan yang lancar bukan sahaja di Pulau Pinang, malah Malaysia.
01:28Pada masa sama, selain menawarkan penginapan, Holiday Inn & Suites Penang PRAI turut mendapat pengiktirafan sebagai tempat pilihan untuk mesyuarat
01:36dan acara secara pesat.
Comments

Recommended