Skip to playerSkip to main content
Kalau rindu masakan kampung, Kerutuk Ayam ni memang wajib cuba! Kuahnya pekat berempah, manis-manis pedas dengan aroma rempah yang cukup menyelerakan. Sesuai dimakan dengan nasi putih panas atau pulut kuning, memang padu! Jom cuba resipi mudah ni, confirm satu rumah puji!

KERUTUK AYAM

BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam – potong
6 biji cili padi merah

Bahan bahan kisar:
2 biji bawang merah besar
3 ulas bawang putih
½ inci halia

Bahan lain:
5 sudu besar penuh rempah kerutuk
5 ulas bawang merah - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
1 batang serai - dititik
1 keping asam gelugur
1 sudu besar kerisik
1 keping kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
Garam dan gula secukup rasa
1 kotak santan

Cara penyediaan boleh tonton di video. Selamat mencuba!
#majalahrasa #rasashare #dapurrasa #resipi #resepi #ingatmakaningatrasa #resipirasa #kerutukayam #ResipiTradisional #MakananMalaysia

Transcript
00:00Hai semua, hari ni dalam rapu rasa kak IK nak masak hidangan tradisional patut timur yang cukup kaya dengan rempah
00:05dan rasa enaknya iaitu kerutuk ayam.
00:07Masakan ni terkenal dengan kuahnya yang pekat, berwarna gelap dan aroma rempah yang sangat menyelidarkan.
00:12Tak sabar nak saling resepi? Jom kita masak!
00:14Mula-mula, panaskan minyak dalam kuali.
00:16Tumiskan kulit kayu manis, bunga lawang, bawang merah, bawang putih dan serai.
00:20Sementara bahan tengah tumis tu, kisah bawang merah besar, halia dan bawang putih hingga halus.
00:25Kalau tak tumbuk pun boleh, pastikan betul-betul lumat.
00:27Kemudian, tuang dalam kuali dan tumislah bersama bahan-bahan tumisan tadi hingga naik bau harum dan sedikit garing.
00:34Masa ni bau tumisan tu, insyaAllah wanginya.
00:37Kemudian, masukkan rempah perutuk yang telah dibancur dengan sedikit air.
00:40Kacau hingga rempah sebati dan mula pecah minyak.
00:42Selepas tu, masukkan ayam.
00:44Selain ayam, anda juga boleh guna itik atau daging. Nak guna telur rebus pun boleh.
00:48Kacau-kacau bagi bersalut rata dengan rempah.
00:50Masak guna api sedang dia tahu kalau guna api besar nanti hangus.
00:53Bila dah sebati, tambahkan sedikit santan.
00:55Santan ni Kak Iki suka guna yang fresh lagi.
00:58Um, rasa dia.
00:58Tapi kalau tak ada guna santan kotak pun ok.
01:01Masak dengan api perlahan sehingga ayam mengeluarkan air dan kuah mula menjadi pekat.
01:05Seterusnya, untuk rasa lebih sedap, masukkan cili padi, baki santan dan kerisik.
01:10Kerisik ni optional je. Kalau letak ada, boleh je skip.
01:12Tapi kalau letak lagi, rasa berlemak kerutuk kita.
01:15Kemudian, masukkan gula, garam dan asam glugo.
01:18Untuk kerutuk ni, rasa manis dia memang kena lebih sikit supaya kuahnya seimbang dengan rempah.
01:23Kacau-kacau kerutuk tuan, biarkan kuah merenih hingga pekat dan ayam jadi betul-betul lempuk.
01:28Akhir sekali, rasa dan sesuaikan kepekatan kuah.
01:30Kerutuk yang siap biasanya berwarna gelap dengan kuah yang agak pekat dan berempah.
01:35Dah siap kerutuk ayam kita.
01:36Anda jangan lupa cuba tau.
01:37Nak tengok Kak Iki masak secara live?
01:39Jom intai asyik kami di titik majlis rasa setiap siasa dan kami sedam 11 pagi.
01:43Ingat makan, ingat rasa. Jangan lupa tonton!
Comments

Recommended