Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan meneliti alasan penghakiman kes amang seksual di sebuah pusat jagaan di Batu Caves sebelum mempertimbangkan tindakan lanjut termasuk berhubung dengan Jabatan Peguam Negara.
Transcript
00:00Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat KPWKM akan meneliti keputusan mahkamah serta alasan penghakiman berhubung kes amang seksual di sebuah
00:11pusat jagaan di Batu Keif.
00:13Menterinya Datuk Seri Nancy Syukri berkata, sebarang tindakan lanjut hanya akan dibuat berdasarkan kefahaman jelas terhadap keputusan mahkamah.
00:22Katanya penelitian terhadap alasan penghakiman perlu bagi memahami rasional keputusan mahkamah sebelum memberi sebarang ulasan atau kritikan.
00:31Beliau berkata KPWKM boleh menyuarakan perkara itu kepada Jabatan Peguam Negara sekiranya didapati perlu memandangkan kes penderaan seksual di pusat
00:41jagaan disifatkan sebagai sangat serius dan tidak boleh dipandang ringan.
00:46Namun tegas Nancy keputusan mahkamah perlu dihormati kerana ia berada di luar bidang kuasa kementeriannya.
00:53Tambahnya pihak yang tidak berpuas hati boleh menggunakan saluran perundangan sedia ada untuk membuat rayuan.
00:59Pada Khamis, seorang penjaga rumah kebajikan kanak-kanak di Batu Caves, Retna Value, 25 tahun, mengaku bersalah di Mahkamah Session
01:07Ampang atas 15 pertuduhan amang seksual fizikal dan bukan fizikal serta persetubuhan luar tabi'i terhadap 5 kanak-kanak lelaki
01:15berusia 8 hingga 13 tahun.
01:18Kesalahan itu didakwa dilakukan di pusat jagaan berkenaan antara November 2025 hingga Mac tahun ini dan mahkamah menetapkan 21 Mei
01:27untuk fakta kes serta hukuman.
Comments

Recommended