Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
FIFA menolak permohonan Iran untuk memindahkan perlawanan Piala Dunia dari Amerika Syarikat ke Mexico, walaupun ketegangan geopolitik berterusan di Asia Barat.
Transcript
00:00Persekutuan Bolesepak Antara Bangsa FIFA menolak permohonan Iran untuk memindahkan perlawanan Piala Dunia membabitkan pasukan itu dari Amerika Syarikat ke
00:09Meksiko.
00:10Presiden Meksiko Claudia Sheinbaum berkata FIFA memutuskan perlawanan tidak boleh dipindahkan daripada venue asal atas faktor logistik yang kompleks.
00:22Keputusan itu dibuat walaupun ketegangan geopolitik masih berterusan melibatkan Iran, Amerika Syarikat dan Israel.
00:30Iran sebelum ini memohon agar tiga perlawanan peringkat kumpulan tidak diadakan di Amerika Syarikat, susulan serangan pada 28 Februari.
00:38Walaupun genjata senjata telah dicapai, Washington masih memberi amaran mengenai kemungkinan serangan lanjut.
00:45FIFA turut menyatakan keraguan terhadap permohonan itu yang melibatkan perlawanan menentang Belgium, New Zealand dan Mesir dalam kejahanan yang dijadualkan
00:53berlangsung di Amerika Syarikat, Meksiko dan Kanada.
00:56Sebelum ini, Presiden FIFA Jani Infantino menegaskan Iran akan terus beraksi di Piala Dunia tanpa sebarang pelan alternatif.
01:04Dalam perkembangan berkaitan, Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menyifatkan penyertaan Iran sebagai tidak sesuai atas faktor keselamatan.
01:14Situasi ini berlaku ketika rundingan damai antara Amerika Syarikat dan Iran berlangsung bagi meredakan ketegangan serantau.
01:21Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended