Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Neymar hanya membuat enam penampilan bersama Santos tahun ini selepas menjalani pembedahan artroskopik pada lutut kirinya pada Disember lalu.
Transcript
00:00Nema masih berpeluang menjadi sebahagian daripada skuad Brazil untuk Piala Dunia FIFA 2026 walaupun terdapat kebimbangan berterusan mengenai tahap kecergasannya.
00:12Perkara itu dimaklumkan penolong jurulatih pasukan kebangsaan David Ancelotti.
00:19Nema penjaring gol terbanyak sepanjang zaman Brazil dengan 79 gol dalam 128 penampilan antarabangsa hanya membuat enam penampilan bersama Santos
00:29tahun ini selepas menjalani pembedahan artroskopik pada lutut kirinya Disember lalu.
00:34Beliau tidak beraksi untuk Brazil sejak mengalami koyakan ACL dalam pelawanan kelayakan Piala Dunia menentang Uruguay pada Oktober 2023, kecederaan
00:44yang menyebabkannya tersisih lebih setahun.
00:46Namun David, anak kepada ketua jurulatih Brazil Carlo Ancelotti berkata pemain berusia 34 tahun itu masih mempunyai masa untuk kembali
00:56mencapai tahap kecergasan penuh sebelum kejohanan bermula pada 11 Jun.
01:01David berkata skuad Piala Dunia Brazil mungkin akan diumum pada 18 Mei, hampir dua minggu sebelum tarikh akhir rasmi FIFA.
01:08Perkara itu memberi Nema 11 perlawanan klub untuk meyakinkan barisan kejurulatihan Brazil bahawa beliau bersedia untuk kejohanan di Amerika Syarikat,
01:18Meksiko dan Kanada.
01:19Brazil akan memulakan kempen Piala Dunia menentang Maghribi pada 13 Jun sebelum bertemu Haiti pada 19 Jun dan Scotland pada
01:2724 Jun dalam kumpulan C.
Comments

Recommended