Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Wisma Putra berkata, tindakan tersebut juga merupakan cubaan untuk mengubah komposisi demografi Wilayah Palestin.
Transcript
00:00Malaysia mengecam sekeras-kerasnya keputusan terbaharu rejim Zionis Israel yang meluluskan pembinaan 34 penempatan haram baharu di wilayah Palestine yang
00:11diduduki.
00:12Dalam satu kenyataan pada Sabtu, Wisma Putra berkata Malaysia menegaskan peluasan penempatan secara berterusan merupakan pencabulan nyata terhadap undang-undang
00:22antarabangsa.
00:22Ia juga merupakan pencabulan terhadap Resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB yang berkaitan terutamanya Konvensyen Geneva ke-4
00:34dan Resolusi Majlis Keselamatan PBB 2334-2016.
00:39Kementerian itu berkata tindakan tersebut juga merupakan cubaan untuk mengubah komposisi demografi wilayah Palestine.
00:46Justru Malaysia menggesa masyarakat antarabangsa dan Majlis Keselamatan PBB untuk bertindak tegas bagi memastikan rejim Israel mematuhi undang-undang antarabangsa.
00:56Wisma Putra berkata Malaysia menegaskan komitmen yang tidak berbelah bahagi mengulangi seruannya bagi penubuhan sebuah negara Palestine yang merdeka dan
01:05berdaulat berdasarkan sempadan PRA 1967 dengan Baitul Mokadis Timur sebagai ibu negara.
01:11Menurut media antarabangsa, Kabinet Israel telah meluluskan penubuhan 34 penempatan baharu pada 1 April lalu, kebanyakannya merupakan poster pencil di
01:21kawasan pergunungan Tebing Barat.
01:24Perkara itu mula dilaporkan secara meluas oleh media Israel pada Khamis selepas tentera Israel membenarkan maklumat tersebut diterbitkan.
Comments

Recommended