00:00Enam bulan selepas gencatan senjata berkuat kuasa di Gaza, warga Palestine di seluruh wilayah itu kekal tidak selamat memandangkan serangan
00:09Israel berterusan hampir setiap hari.
00:13Pesuruh Caya Tinggi Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB Volketuk berkata sekurang-kurangnya 738 warga Palestine terbunuh sejak
00:23gencatan senjata bermula pada 10 Oktober 2025 termasuk 32 kematian yang dicatatkan sejak awal April.
00:33Katanya corak pembunuhan yang tidak berkesudahan ini mencerminkan sikap terus mengabaikan nyawa warga Palestine yang diburukkan lagi dengan imuniti daripada
00:42tindakan undang-undang.
00:44Beliau menarik perhatian kepada corak serangan dan tembakan berterusan yang menjejaskan orang awam di rumah, tempat pelindungan dan ruang awam
00:53sepanjang 10 hari lalu.
00:54Ia termasuk insiden di kemah yang menempatkan keluarga yang hilang tempat tinggal, di jalanan dan di dalam kenderaan serta di
01:03kemudahan perubatan dan bilik darjah.
01:05Antara yang terbunuh termasuk wanita, kanak-kanak, orang kurang upaya, kontraktor kemanusiaan dan wartawan.
01:13Tuk memetik pembunuhan seorang kanak-kanak perempuan grade 3 pada 9 April apabila tentera Israel melepaskan tembakan ke arah perkemahan
01:21yang sesak di Beit Lahia di utara Gaza, tempat mangsa sedang mengikuti kelas sementara.
01:27Sehari sebelumnya, seorang wartawan Al-Jazira terbunuh di bandar Gaza dalam serangan drone.
01:33Tentera Israel mendakwa wartawan itu adalah ejen Hamas.
01:37Tanpa mengemukakan bukti, sama seperti kes-kes lain melibatkan wartawan.
01:42Tuk berkata keadaan diburukkan lagi oleh sekatan ke atas bantuan kemanusiaan, pemusnahan infrastruktur awam dan ketidakstabilan yang berterusan di dalam
01:51Gaza.
01:52Beliau menyeru komuniti antarabangsa untuk mengambil langkah konkret bagi memastikan accountability dan menamatkan pencabulan undang-undang antarabangsa.
Comments