Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Di Semenanjung Gaza, proses pendidikan diteruskan dalam keadaan serba daif apabila pelajar kembali belajar di bangunan rosak dan khemah sementara susulan kekurangan buku teks serta kemudahan asas akibat kemusnahan institusi pendidikan.
Transcript
00:00Di Semenanjung Gaza, proses pendidikan diteruskan dalam keadaan serba daif apabila pelajar kembali belajar di bangunan rosak dan kemah sementara
00:09susulan kekurangan buku teks serta kemudahan asas akibat kemusnahan institusi pendidikan.
00:16Di universiti yang rosak, pelajar belajar sambil duduk di lantai tanpa kemudahan lengkap, manakala sebahagian ruang turut dijadikan tempat pelindungan
00:25keluarga pelarian.
00:28Seorang pelajar, Rim Al-Zanin berkata, impiannya untuk menjadi pakar jantung kini berubah selepas konflik memusnahkan sistem pendidikan dengan sekolah
00:38dan universiti kini hanya tinggal kemah serta runtuhan.
00:42Sementara itu, guru dan pelajar berdepan cabaran harian termasuk kekurangan pengangkutan, masalah kewangan serta ketiadaan keperluan asas dengan guru turut
00:52bergelut memastikan proses pembelajaran diteruskan walaupun dalam keadaan amat terhad.
00:57Menurut Kementerian Pendidikan Gaza, lebih 86,000 pelajar kini mengikuti pembelajaran melalui 2,600 guru di pusat pembelajaran alternatif.
01:07Manakala pihak berkuasa kerajaan memaklumkan, 165 institusi pendidikan musnah dan 392 lagi rosak sekaligus melumpuhkan keseluruhan sektor pendidikan di wilayah
01:19itu.
01:19Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended