Skip to playerSkip to main content
  • 9 hours ago
Pentas rundingan damai di Islamabad sudah tersedia, namun timbul persoalan, mengapa Pakistan boleh terpilih menjadi orang tengah antara AS dan Iran.
Transcript
00:0010,000 anggota polis dan pasukan keselamatan dikerah ke setiap sudut Islamabad untuk mengawasi dilagasi, malah cuti umum dua hari
00:08turut diisytiharkan.
00:10Pentas damai sudah tersedia, namun timbul persoalan, mengapa Pakistan terpilih menjadi orang tengah dalam rundingan AS dan Iran?
00:20Difahamkan Presiden AS Donald Trump mempunyai hubungan rapat dengan Ketua Tentera Pakistan, Asim Munir.
00:27Hubungan itu diperkukuh menerusi kerjasama keselamatan dan ekonomi termasuk penyerahan suspek utama pengeboman lapangan terbang Kabul pada tahun 2021 kepada
00:37pihak AS.
00:38Dalam masa sama, Pakistan turut memperkukuh hubungan dengan Washington melalui pelaburan mineral kritikal serta kerjasama dalam sektor kewangan digital bersama
00:48syarikat berkaitan Trump.
00:49Walaupun mempunyai hubungan rapat dengan AS, Islamabad tetap mengambil pendekatan seimbang dengan mengkritik serangan Washington dan Israel ke atas Iran.
01:00Pakistan juga mengecam tindakan Iran menyerang kemudahan minyak Arab Saudi.
01:04Pendekatan berkecuali ini meningkatkan kepercayaan kedua pihak terhadap Pakistan sebagai pengantara.
01:10Daripada sudut geografi pula, Pakistan dan Iran berkongsi sempadan sekira-kira 920km bermakna hubungan dua hari ini sudah terjalin sejak
01:20sekian lama.
Comments

Recommended