00:00Pasukan pengurusan krisis di bawah Majlis Tindakan Ekonomi Negara M10
00:04menafikan laporan media Filipina yang mendakwa Malaysia menghantar 329,000 tong diesel ke negara itu.
00:12Menerusi kenyataan M10 pada Sabtu, semakan awal mengesahkan diesel berkenaan bukan berasal dari Malaysia.
00:19Jelas kenyataan itu orang ramai perlu merujuk kepada sumber rasmi kerajaan dan tidak membuat sebarang spekulasi.
00:26Laporan yang tular di media sosial itu mendakwa penghantaran berjumlah lebih 52 juta liter berkenaan
00:32dibuat susulan Filipina berdepan bekalan bahan api akibat kesan konflik di Asia Barat.
00:38Laporan itu menyebut setiusaha tenaga Filipina Sharon Garin memaklumkan penghantaran itu merupakan sebahagian langkah kerajaan mereka
00:46untuk memastikan bekalan tenaga kekal stabil.
00:56Terima kasih telah menonton!
Comments