Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan diatur gerak segera ke stesen minyak berhampiran sempadan bagi memperkukuh penguatkuasaan dan mengekang aktiviti penyeludupan bahan api.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, langkah itu susulan arahan terbaharu Kabinet minggu lalu yang memperluas penglibatan polis dalam pemantauan kawasan berisiko tinggi.
Transcript
00:00Polis diraja Malaysia akan diatur gerak segera ke stesen minyak berhampiran, sempadan bagi memperkukuh penguatkuasaan dan mengegang aktiviti penyeludupan bahan
00:10api.
00:11Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata penugasan itu akan tertumpu kepada lebih 80 stesen minyak di sempadan
00:18negara.
00:22Menurut beliau, langkah ini susulan arahan terbaharu Kabinet minggu lalu berikutan konflik di Asia Barat yang berisiko memberi kesan rantaian
00:30terhadap bekalan dan harga barangan negara.
00:33Polis juga akan mengatur gerak untuk mengawasi jangan sampai berlaku aktiviti penyeludupan ini melibatkan stesen minyak yang dekat dengan sempadan.
00:51Stesen minyak ini ada 4,000 lebih tapi fokus kita adalah stesen minyak dekat dengan sempadan.
00:57Beliau berkata demikian dalam sinar media di Kompleks Imigresen, Kustom, Kuarantin dan Keselamatan Badang Besar Perlis pada Sabtu.
01:05Jelasnya lagi, kerajaan sebelum ini membelanjakan sekitar RM700 juta sebulan bagi subsidi petrol dan diesel.
01:13Namun jumlah itu meningkat sehingga hampir RM6 bilion sebulan selepas krisis.
01:20Sekaligus memerlukan kawalan ketat bagi mengelak ketirisan.
01:24Mengikut rekod dari 1 Januari 2025 hingga 31 Mac lalu, sebanyak 735 kes penyeludupan berjaya digagalkan.
01:34Membabit tangkapan 1,460 individu dengan nilai rampasan RM2.81 bilion.
Comments

Recommended