00:00Cadangan had umur minimum 16 tahun bagi penggunaan media sosial di Malaysia kini menjadi perhatian.
00:06Langkah itu dilihat sebagai usaha melindungi golongan muda, namun dalam masa sama menimbulkan persoalan tentang keseimbangan antara perlindungan dan akses
00:16kepada dunia digital.
00:19Dalam era digital, media sosial bukan lagi sekadar platform komunikasi, sebaliknya menjadi sebahagian daripada proses pembelajaran dan pembentukan diri remaja.
00:31Pakar Psikologi Kaunseling Universiti Pertahanan Nasional Malaysia UPNM Prof. Mohd Fazil Cikdin berkata, usia 16 tahun merupakan fasa kritikal dalam
00:41pembinaan identiti diri.
00:42Kita tengok 16 ini di tengah-tengah. Bermakna sebelum dia datangnya pada umur remaja itu, itu adalah peringkat di mana
00:52individu belajar untuk nak melalui proses kerajinan diri.
00:56Kerajinan diri bermakna individu itu ada potensi diri, ada nilai kendiri dia dan cuba mempamerkan.
01:03Di dalam situasi diri dia, dia dengan keluarga dia, dia dengan rakan-rakan sebaya dan sebagainya. Itu sangat penting.
01:09Lawan, kalau dia gagal, dia akan menjadi seorang yang inferior. Orang yang macam rasa resah, takut dan sebagainya.
01:17Menurutnya, jika proses pembentukan identiti ini terganggu, ia boleh memberi kesan kepada keyakinan diri serta kestabilan emosi remaja.
01:26Dalam masa sama, beliau menjelaskan, algoritma media sosial turut memainkan peranan besar dalam mempengaruhi tingkah laku pengguna muda.
01:34Kandungan yang dipaparkan selalunya berdasarkan minat dan kecenderungan pengguna, namun ia boleh menyebabkan remaja terdedah kepada maklumat yang berulang dan
01:44membentuk corak pemikiran tertentu.
01:47Akhirnya, ia berpotensi mewujudkan ketagihan dan membentuk personaliti serta tingkah laku mereka dalam kehidupan seharian.
01:55Namun begitu, beliau menegaskan, media sosial tidak wajar dilihat sebagai ancaman semata-mata, sebaliknya perlu digunakan secara seimbang dan terkawal.
02:06Jangan overuse. Kita kena kawal dia. Jangan overuse. Jangan terlebih pakai sehingga tak tidur malam dan sebagainya.
02:14Asyik main game. Ataupun jangan misuse. Menyalahgunakan, menggunakan itu untuk nak marah orang, maki orang ataupun nak kusik, nak bully
02:24orang lain dan sebagainya.
02:26Ataupun jangan kita abuse. Menyalahgunakan untuk nak curi duit ke skam sana, skam sini dan sebagainya.
02:33So, jangan itulah dia. Jangan misuse, jangan overuse, jangan underuse. Underuse ni, ialah, benda tu ada. Dia boleh belajar.
02:43Beliau berkata peranan ibu bapa dan sistem sokongan sosial amat penting dalam membimbing remaja menggunakan media sosial dengan bijak.
02:52Sementara itu, cadangan had umur ini dijangka dilaksanakan seawal separuh kedua tahun ini melalui fasa regulatory sandbox
03:00serta penggunaan sistem pengesahan identiti digital seperti Age Verification.
03:06Langkah itu bertujuan memastikan pengesahan umur lebih tepat serta meningkatkan perlindungan terhadap pengguna muda dalam talian.
03:14Sebab bila nak menguatkuasakan, kita nak melaksanakan, dasar mesti jelas.
03:20Kemudian apakah peraturan-peraturan yang ada tentang penggunaan umur 16 tahun menggunakan media sosial dan sebagainya.
03:30Kemudian garis-garis panduan bagaimana cara dia.
03:33adakah dia tak boleh gunakan 24 jam ataupun dia boleh gunakan masa-masa yang tertentu
03:40ataupun dia boleh digunakan di sekolah, tidak boleh gunakan di sini, dekat sana.
03:45Itu garis panduan itu mesti jelas lah.
03:47Dan akhir sekali adalah aktiviti.
03:49Aktiviti kanak-kanak itu ataupun remaja itu nak menggunakan alat itu.
03:54Kita kena tahu kan dia nak menggunakan macam mana.
Comments