00:00Kawasan Utara Sarawak bakal mengalami transformasi besar apabila Limbang dan Lawas dibangunkan sebagai koridor ekonomi baharu bertaraf dunia.
00:10Selain menjadi salah sebuah bandar rendah karbon, Premier Tan Sri Abang Johari Tun Oping berkata ketika ini kedua-dua kawasan
00:18ini sedang mengalami pembangunan pesat
00:20dengan pembinaan jalan raya bertaraf dunia dual carriageway serta lebuh raya bertingkat yang akan menjadi pemangkin utama pertumbuhan ekonomi menjelang
00:302029.
00:33Menurut Abang Johari, projek jambatan Limbang yang dijangka siap seawal September atau Oktober depan dijangka mengkukuh hubungan darat serta merapatkan
00:41jaringan ekonomi dengan negara jiran Brunei Darussalam.
00:47Mengikut kata Datuk Douglas, insyaAllah antara September, Oktober, jambatan Limbang akan siap.
00:59Mana hubungan Limbang akan diluaskan hinggalah kepada jiran kita negara Brunei Darussalam.
01:11Dan untuk memudahkan ini, kita akan berbincang melalui bilateral di antara Brunei dan Malaysia supaya kita ada satu tempat memudahkan
01:27pergerakan orang Malaysia, khasnya orang Limbang, Sarawak dengan jiran kita negara Brunei Darussalam.
01:37Bermakna kita akan merapatkan lagi perhubungan ekonomi dan kekeluargaan di antara kita dengan jiran kita Brunei Darussalam.
01:55Pada masa sama katanya Limbang turut dirancang untuk menjadi salah sebuah bandar rendah karbon di Sarawak selari dengan tren global
02:03ke arah pembangunan mampan.
02:05Pembangunan terancang berkonsepkan rendah karbon ini bukan sahaja meningkatkan daya tarikan pelancongan, malah menjamin kesejahteraan rakyat melalui persekitaran yang lebih
02:15bersih dan sihat.
02:16Beliau berkata demikian ketika merasmikan program Sarawak Ku Sayang bahagian Limbang di Kompleks Sukan Limbang pada Sabtu.
Comments