Skip to playerSkip to main content
  • 20 hours ago
Kes jenayah sepanjang Ops Selamat 25 dan 26 mencatat penurunan hasil rondaan polis dan penggunaan aplikasi VSP. Namun, statistik menunjukkan peningkatan kemalangan jalan raya termasuk kes maut, menurut Ketua Polis Negara.
Transcript
00:00Seterusnya, kes jenayah sepanjang Ops selamat 25 dan 26 pada tahun ini merekodkan penurunan kepada 747 kes berbanding 858 kes
00:10pada 2025.
00:12Ketua Polis Negara Dato' Seri Mabakali Ismail berkata, penurunan itu dicapai hasil rondaan berkala ke atas 61,122 rumah serta
00:21pengoperasian unit kereta peronda MPV dan unit rondaan bermotosikal URB.
00:27Beliau berkata penggunaan aplikasi peronda telefon pintar Sukarela VSP yang merekodkan lebih 1.7 juta pengguna turut menyumbang kepada pengurangan
00:37kes jenayah.
00:38Jelasnya 16,889 pengguna menggunakan modul pemakluman balik kampung berbanding 8,036 pada tahun sebelumnya.
00:47Dalam tempoh sama, beliau berkata statistik menunjukkan jumlah kemalangan meningkat kepada 9,934 kes berbanding 9,859 kes sebelum ini,
00:58manakala kemalangan maut meningkat kepada 90 kes daripada 77 kes.
01:03Jelasnya sebanyak 144,726 saman turut dikeluarkan sepanjang operasi berkenaan berbanding 107,365 saman dalam out selamat 24, peningkatan sebanyak
01:1637,361 saman atau 34.8%.
01:21Muhammad Khalid turut mengingatkan pengguna jalan raya supaya mematuhi undang-undang memastikan kenderaan berada dalam keadaan baik dan mendapatkan rehat
01:29mencukupi sebelum memulakan perjalanan.
01:32Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended