Skip to playerSkip to main content
Telur Masak Taucu memang lauk simple tapi cukup ‘kick’! Gabungan rasa taucu yang masin dengan telur lembut dalam kuah yang berperisa, memang ngam dimakan dengan nasi panas.Resipi ni mudah, cepat dan sesuai untuk menu harian bila nak masak lauk ringkas tapi sedap. Sekali rasa, confirm bertambah nasi

TELUR MASAK TAUCU

BAHAN-BAHAN
5 biji telur
3 ulas bawang merah - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1 biji cili merah - hiris
1 inci halia
1 sudu besar taucu
1 sudu besar sos tiram
1 mangkuk kecil asam jawa
1 sudu kecil gula
Minyak untuk menumis

Cara penyediaan boleh tonton di video. Selamat mencuba!
#majalahrasa #rasashare #dapurrasa #resipi #resepi #ingatmakaningatrasa #resipirasa #telurmasaktaucu #ResipiTradisional #MakananMalaysia
Transcript
00:00Hai semua, hari ni dah berapa rasa
00:02Kak IK nak masak satu lagi lap kampu yang sangat ringkas tapi penuh rasa
00:05iaitu telur masak tau cu
00:06simple tapi jangan pandang sembang mata tau
00:08hah jangan cakap banyak, jomlah kita masak
00:11mula-mula sekali goreng telur mata kebaw seperti biasa dengan menggunakan sedikit minyak
00:15tak perlu goreng terlalu garing
00:17jika telur digoreng separuh masak rasanya akan lagi lebih lembut dan sedap
00:21bila sudah siap tu angkat dan ketepikan dalam pinggan
00:23seterusnya panaskan sedikit minyak dalam kuali yang ni
00:26boleh je guna minyak goreng telur tadi
00:29tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia hingga naik bau harum
00:33jangan guna api besar kalau bawang tu hangus rasa tak sedap
00:36kemudian masukkan tau cu dan kacau seketika supaya rasanya lebih wangi dan sebati dengan bahan tumisan tadi
00:41selepas tu tuangkan air asam jawa dan juga sos tiram
00:45petua nak buat kuah lebih sedap adalah
00:47asam jawa tu boleh direndam dengan air panas supaya rasanya lebih pekat dan beraroma
00:52kalau tak ada nak guna pesa asam jawa pun boleh
00:54tambahkan sedikit gula untuk seimbangkan rasa masak tau cu dan masak-masak jawa tadi
00:58nak pedas? boleh masukkan hirisan cili merah dan cili padi
01:01nak letak cili flakes pun boleh
01:03masak sampai nampak cili tu layu
01:05kacau-kacau sekejap kemudian letak sikit air jika perlu
01:08biarkan kuah mendidih sampai jadi sedikit pekat
01:10kemudian masukkan telur goreng tadi ke dalam kuah
01:13ui sedapnya
01:14lauk ni selain telur korang boleh je guna ayam atau ikan
01:17nak guna terung pun boleh
01:19biarkan ia merenis seketika supaya telur tu menyerap rasa kuah tau cu yang masak-masin dan sedikit manis ni
01:25dah siap telur masak tau cu kita
01:27ringkas je tapi penuh rasa membuatkan lauk ni jadi penyelamat bila tidak tahu nak masak apa
01:32makan dengan nasi panas memang bertambah selera
01:34nak tengok Kak IK Masak Secara Live?
01:36jom intai aksi kami di TikTok Majlis Rasa
01:37setiap selesai dengan kami sejam 11 pagi
01:39ingat makan ingat rasa
01:40jangan lupa tonton
Comments

Recommended