Skip to playerSkip to main content
  • 2 minutes ago
Mahkamah Rayuan Putrajaya membenarkan permohonan Kerajaan Persekutuan untuk menangguhkan perintah Mahkamah Tinggi berhubung semakan taksiran dan pembayaran Pemberian Khas Sabah.
Transcript
00:00Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini membenarkan permohonan Kerajaan Persekutuan menangguhkan perintah pelaksanaan
00:06bagi menyemak semula kelayakan Sabah terhadap 40% hasil bersih diperoleh negeri itu bagi tempoh 1974 hingga 2021.
00:16Panel 3 Hakim Mahkamah Rayuan di Ketua Ida Tok Muhammad Zaini Mazlan sebulat suara membenarkan permohonan itu
00:23selepas berpuas hati bahawa Kerajaan Persekutuan berjaya membuktikan terdapat keadaan khas bagi membolehkan penangguhan diberikan.
00:34Menurut Hakim Mahkamah Zaini, pihaknya berpuas hati bahawa keadaan khas telah diwujudkan di mana pemohon Kerajaan Persekutuan akan mengalami perjudi
00:41sekiranya penangguhan ditolak dan rayuan itu boleh dianggap tidak berguna.
00:46Sehubungan dengan itu, panel membenarkan permohonan berkenaan dan memberikan penangguhan pelaksanaan mengikut usul pemohon.
00:53Ketika menyampaikan keputusan melalui Zoom hari ini, Hakim Mahkamah Zaini berkata, pemohon tidak mempunyai isu berhubung kelayakan 40% itu.
01:01Beliau berkata kebimbangan utama pemohon adalah pada perintah Mahkamah Tinggi supaya semakan itu dilakukan dalam tempoh 90 hari
01:08dan pihak-pihak mencapai persetujuan dalam tempoh 180 hari dari tarikh perintah.
01:13Pada 17 Otober tahun lepas, Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu memutuskan bahawa Kerajaan Persekutuan telah bertindak secara tidak sah
01:21dan melampaui kuasa perlembagaan apabila gagal menunaikan hak sabah terhadap 40% hasil persekutuan dari 1974 hingga 2021.
01:30Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended