00:00Polis pengesahkan menerima laporan berhubung satu insiden kekecohan melibatkan sekumpulan lelaki di sebuah pusat hiburan di kawasan Ceras pada Ahad.
00:09Ketua Polis Kuala Lumpur Fadhil Marsus berkata laporan berkenaan diterima kira-kira jam 7.30 malam namun kejadian dipercayai berlaku
00:18lebih awal iaitu sekitar jam 1.30 tengah hari pada hari sama.
00:21Menurut beliau, kumpulan suspek bertindak agresif dengan merempuh pintu pagar primis menggunakan sebuah lori sebelum menceroboh masuk ke dalam bangunan.
00:30Mereka kemudian melakukan perbuatan kianat dengan memecahkan pelbagai barangan di dalam primis tersebut.
00:37Dato' Fadhil berkata kes tersebut diklasifikasikan mengikut Seksyen 427 Kanun Kesiksaan kerana melakukan kianat dan Seksyen 148 Kanun Kesiksaan kerana
00:47merusuh dengan senjata atau objek berbahaya.
00:49Polis kini mengesan semua suspek yang terlibat dalam insiden berkenaan.
00:54Sebelum itu, sebuah rakaman video memaparkan sekumpulan individu bertopeng menceroboh dan memecahkan barangan di sebuah pusat hiburan dipercayai lokasi sama
01:04tular di media sosial.
01:05Orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi polis bagi membantu mengenalpasti suspek.
Comments