Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) sedang meneliti cadangan penambahbaikan terhadap kuota subsidi bahan api nelayan susulan kebimbangan yang disuarakan komuniti nelayan berhubung had 50 liter sehari bagi vesel Zon A.
Transcript
00:00Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan KPKM sedang meneliti cadangan penambahbaikan terhadap kuota subsidi bahan api nelayan,
00:08sesulan kebimbangan yang disuarakan komuniti nelayan berhubung had 50 liter sehari bagi V-Cell Zone A.
00:16Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia LKIM dalam kenyataan memaklumkan kerajaan memahami cabaran yang dihadapi nelayan,
00:23khususnya berkaitan peningkatan kos operasi serta perubahan teknologi V-Cell yang mempengaruhi penggunaan bahan api.
00:34Menurut LKIM, skim subsidi diesel dan petrol nelayan yang diperkenalkan sejak 2006
00:39bertujuan membantu meringankan sebahagian kos operasi penangkapan ikan dan bukannya menanggung keseluruhan kos operasi.
00:46Pada masa sama, pendetapan kuota turut mengambil kira aspek kawalan, ketulusan serta kedudukan kewangan kerajaan
00:53agar bantuan dapat disalurkan secara mampan dan berkesan.
00:57Justeru, sebarang cadangan penambahbaikan terhadap kadar atau mekanisme subsidi akan diteliti secara berperingkat
01:03dengan mengambil kira kebajikan nelayan serta keupayaan kewangan negara.
01:07Pada masa sama, LKIM menyeru nelayan dan rakyat untuk memahami cabaran dunia kini berdepan krisis tenaga global
01:13yang memberi kesan langsung kepada harga bahan api dan kos operasi.
01:17Kerajaan bagaimanapun kekal komited untuk mencari keseimbangan terbaik
01:21antara membantu nelayan dan mastikan kestabilan kewangan negara terus terpelihara.
Comments

Recommended