Skip to playerSkip to main content
  • 12 minutes ago
Ketegangan Iran-AS-Israel bukan sekadar konflik geopolitik ia kini memberi tekanan langsung kepada kos tenaga, fiskal negara dan hala tuju ekonomi Malaysia. Dalam situasi ini, kerajaan memilih untuk mengutamakan projek berimpak kepada rakyat berbanding projek mega. Langkah ini mencetuskan persoalan besar, adakah ini strategi paling tepat untuk memastikan keseimbangan antara kesejahteraan rakyat dan daya tahan ekonomi jangka panjang?

Kupasan lanjut di Niaga AWANI.
Transcript
00:00Konflik yang semakin memuncak melibatkan Iran, Amerika Syarikat dan Israel kini bukan lagi isu jauh dari rantau ini.
00:07Ketagangan itu sudah mula memberi kesan kepada harga tenaga dunia laluan perdagangan strategik seperti selat humus dan sentimen ekonomi global.
00:14Dalam dunia yang semakin tidak menentu, keputusan kerajaan untuk memberi keutamaan kepada projek berimpak langsung kepada rakyat bukan sekadar soal
00:21penjimatan,
00:22tetapi tentang bagaimana kita menyusun semula keutamaan negara dalam menghadapi cabaran global.
00:27Di sebalik tekanan kos yang semakin meningkat dan ketegangan geopolitik yang berlarutan, soalannya kini bukan hanya tentang apa yang perlu
00:34ditangguhkan,
00:35tetapi apa yang perlu dipercepatkan demi kesejahteraan rakyat dan masa depan ekonomi negara.
00:40Jadi sejauh mana langkah ini mampu mengimbangi antara keperluan segera rakyat dan daya tahan jangka panjang Malaysia,
00:45kita bersilakan tetamu yang sudah bersedia bersama kami untuk mengulas lebih lanjut adalah Dr. Abdul Muin Abadi,
00:51Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia UKM.
00:54Saya nak ucapkan terima kasih Dr. Sekali lagi, di Niagawan kita akan membincangkan mengenai isu topik negara yang melibatkan di
01:00peringkat global.
01:01Melihat kepada kerajaan, kini memilih untuk menangguhkan projek besar dan memberi fokus kepada projek berimpak langsung kepada rakyat.
01:08Jadi pada pandangan Dr., adakah ini langkah strategik jangka panjang atau sekadar tindak balas jangka pendek terhadap tekanan fiskal semasa?
01:16Terima kasih Nina. Jadi kita lihat langkah terkini kerajaan Malaysia untuk menangguhkan terlebih dahulu projek-projek besar.
01:24Sebenarnya merupakan satu langkah strategik yang cukup kritikal untuk diambil dalam jangka masa kita lihat pergolakan masih berlanjutan di Timur
01:35Tengah.
01:35Dan kita tahu, seperti mana yang kita tahu, seluruh dunia tahu, selasa malam ini merupakan antara tempoh akhir yang diberi
01:42oleh Presiden Amerika Syarikat kepada Iran untuk membuka surat hormus.
01:46Jadi kita di Malaysia tidak dapat tidak perlu mengambil langkah segera untuk bersedia dengan sebarang kemungkinan buruk.
01:52Jadi tindakan untuk menangguhkan terlebih dahulu projek-projek besar seperti mungkin yang antara yang dipertimbangkan untuk ditangguhkan ialah HSR,
02:01lalu kata api laju, Kuala Lumpur, Singapura dan sebagainya.
02:04Tetapi dalam jangka masa yang sama, Perdana Menteri, yang berpulang Perdana Menteri telah memberi komitmen bahawa projek-projek yang memberi
02:12impak langsung kepada rakyat
02:13seperti projek pendidikan, projek kesehatan akan diteruskan.
02:17Jadi ini sangat kritikal, sangat penting kerana kita tahu dalam belanjawan 2026 yang telah pun dibentangkan pada tahun lalu,
02:25sebenarnya tidak kurang daripada 66 bilion telah dikomitmenkan.
02:31untuk disalurkan kepada pendidikan dan 46 bilion ringgit kepada sektor kesehatan.
02:36Jadi komitmen ini tidak dapat tidak akan diteruskan oleh kerajaan dalam jangka masa terdekat.
02:42Tetapi untuk komitmen jangka masa panjang seperti projek-projek gergasi sama ada pembinaan lapangan terbang baru
02:48ataupun pembinaan projek HSR baga contoh akan perlu ditangguhkan terlebih dahulu.
02:53Jadi ini langkah segera yang perlu diambil oleh kerajaanlah kerana kita perlu ingat,
02:58Malaysia kita dalam belanjawan 2026 sekitar 420 bilion ringgit sahaja diperuntukkan.
03:04420 bilion ringgit.
03:06Dan dalam tekanan perang Iran-Amerika Syarikat sekarang ini tidak kurang 6 bilion ringgit sebulan.
03:136 bilion ringgit sebulan terpaksa ditanggung oleh kerajaan.
03:16Jadi dalam 420 bilion peruntukan awal yang ditetapkan oleh kerajaan untuk belanjawan 2026 ini,
03:23tambahan 6 bilion ringgit sebulan itu bukan sesuatu yang remeh.
03:27Jadi pendekatan segera seperti penangguhan projek-projek gergasi ini sebenarnya tepat pada masanya.
03:34Dan melihat kepada tambahan beban sehingga 6 bilion ringgit sebulan akibat krisis global,
03:40Dr. Syawamana, struktur kewangan negara mampu menyerap tekanan ini tanpa menjejaskan pertubuhan ekonomi dan juga keyakinan pelabur itu?
03:48Baik, jadi sebagai sebuah negara yang bergantung kepada pelaburan langsung asing,
03:53Malaysia sebenarnya kita telah mengambil pendirian yang agak terhadapan.
03:58Tidak berapa lama yang lalu,
04:01Yang Mahbubah Perdana Menteri telah menekankan bahawa selain daripada kebergantungan kepada SDI,
04:05Foreign Direct Investment,
04:07Malaysia telah menambah satu lagi dimensi baru iaitu Domestic Direct Investment, DDI, bukan semata-mata SDI.
04:15Jadi termasuklah antaranya memperkasakan pelaburan daripada DLC, GLC, GLIC, GLIC milik kerajaan
04:20untuk merancatkan ekonomi dalam negara.
04:23Jadi kita dah ada bapur sedikit terbanyak di situ,
04:26sama ada daripada GLC yang ditawar oleh Kementerian Kewangan ataupun di bawah agensi-agensi PNB yang lain.
04:34Jadi kita tahu adanya satu persediaan yang telah pun diambil sebelum ini.
04:40Jadi apa implikasi kepada struktur ekonomi negara kita?
04:43Jadi dari perspektif ekonomi politik,
04:45political economy perspektif,
04:47langkah kerajaan untuk tidak semudah-mudahnya menaikkan harga barang,
04:54harga minyak sebagai contoh,
04:55mengurangkan subsidi secara drastik,
04:58itu langkah yang tepat.
04:59Jadi kerajaan tidak mengurangkan subsidi secara drastik,
05:02tetapi dalam jasa masa yang sama kita tahu,
05:04unjuran inflasi negara.
05:06Dalam belanjawan 2026,
05:08kita unjurkan tidak kurang sekitar 3.5% defisik fiskal negara.
05:13Jadi disebabkan penambahan oleh perang, penambahan beban kepada kantong kewangan negara
05:18sejak 6 bilion sebulan ini,
05:20masih daripada perang Iran-Amerika Syarikat ini,
05:23kita terpaksa bersedia dengan kemungkinan defisik inflasi sekitar 4% untuk tahun ini.
05:31Jadi tidak dapat tidak ia akan memberi impak kepada struktur kewangan negara.
05:35Dan kita tahu, perbelanjaan negara ada dua aspek yang utamalah.
05:39Perbelanjaan mengurus dan juga perbelanjaan pembangunan.
05:44Operational expenditure dengan development expenditure.
05:47Jadi untuk perbelanjaan mengurus itu,
05:50kerajaan telah memberi komitmen sekitar 300 bilion,
05:53manakala perbelanjaan pembangunan.
05:5581 bilion untuk tahun 2026 ini saja.
05:58Jadi akan ada implikasi kepada perbelanjaan pembangunan negara
06:01yang diperuntukkan 81 bilion untuk tahun 2026 ini,
06:06hasil daripada impak daripada kos,
06:09lonjakan kos logistik,
06:12kos operasi, lonjakan kos overhead
06:14daripada perang yang berlangsung di Iran sekarang ini.
06:19Namun doktor, sekiranya projek-projek bersatu terus ditangguhkan,
06:23adakah kita berdepan risiko kehilangan momentum pembangunan
06:25khususnya dalam sektor pembinaan, infrastruktur dan juga peluang pekerjaan?
06:30Jadi kita perlu, soalan ini kita perlu tanggapi dengan cermat, Nina.
06:35Bila kerajaan mengumumkan bahawa tiada penangguhan projek-projek baru,
06:39ia tidak bermaksud kerajaan tidak mempunyai persediaan
06:42pada projek-projek MEZGA yang telah pun sedia ada.
06:46Contoh contoh, Uraifan Borneo,
06:48ICRL yang telah pun mencapai 90% setakat ini.
06:51Dan kita perlu lihat, kerajaan ada pelan jaga masa panjang
06:53melalui New Industrial Master Plan, NIMP 2030.
06:57Jadi ini komitmen yang telah pun dipersetujui sepanjang RLK,
07:02Rancangan Malaysia ke-13 dan adanya momentum untuk Rancangan Malaysia ke-14.
07:06Jadi, event peristiwa Perang Iran dan Amerika Syarikat ini je kita tahu.
07:11Bila berlangsungnya perperangan di Timur Tengah,
07:15berlakunya lonjakan pada harga minyak,
07:19bila kita tahu sekitar setiap satu, sepuluh dolar
07:24kenaikan harga minyak di peringkat antar bangsa,
07:26tidak kurang kepada 3 bilion lah keuntungan kepada negara kita
07:30sebagai pemeluar minyak, sebagai contoh.
07:31Tapi adanya kos-kos lain.
07:33Jadi, untuk momentum pembangunan jangka masa panjang negara
07:38sebenarnya tidak terjejas.
07:39kerana yang ditangguhkan itu ialah projek-projek berskala mega
07:43yang buat sementara waktu ini memang kita tidak ada dalam
07:48perancangan untuk direalisasikan dalam masa jangka masa sederhana.
07:52Jadi, itu mungkin untuk projek-projek jangka masa panjang.
07:55Dan kita ada keupayaan-keupayaan untuk menaik taraf infrastruktur-infrastruktur
08:00semasa berdasarkan komitmen yang telah pun dipersetujui terlebih dahulu.
08:03Jadi, kerajaan bukannya membasarkan projek-projek.
08:10Bukannya menyemak semula projek-projek yang telah pun diluluskan.
08:14Tetapi, untuk pelaksanaan projek-projek mega yang baru.
08:17Jadi, untuk projek-projek sedia ada,
08:19sebagai infrastruktur, untuk peluang pekerjaan,
08:21untuk sektor industri, semuanya telah pun dimulakan.
08:25Melalui kita tahulah New Industrial Master Plan 2030.
08:29Dan, Dr. Ma'in, sebelum kita mengakhiri perbincangan kita,
08:31mungkin saya tambah lagi satu persoalan.
08:33melihat kepada pendekatan Malaysia yang berkecuali dan berkawan dengan semua.
08:38Dalam konteks geopolitik yang semakin tegang,
08:40sejauh mana pendekatan ini benar-benar memberi kelebihan strategik kepada Malaysia
08:44atau adakah ia berisiko dilihat tidak tegas?
08:48Maaf, yang berkenaan dengan persoalan pendirian diplomasi kita ini,
08:52tidak dapat tidak.
08:53Kita perlu menyokong langkah kerajaan semasa.
08:56Tidak kira sama ada daripada pihak pembanggang,
08:58daripada pihak kerajaan.
08:59kita, rakyat Malaysia, perlu sebenarnya bersyukur dengan langkah semasa kita,
09:04dengan prinsip yang tegak kita menyokong kedaulatan negara,
09:09sebuah negara, sama ada Iran ataupun negara-negara di sekitar Timur Tengah,
09:12daripada dicerobok oleh kawasan besar.
09:14Jadi, kita tahu, sebagai contoh,
09:16apabila OPEC telah meningkatkan pengeluaran minyak,
09:18sebagai contoh, lebih 200 untuk jangka masa yang terdekat ini.
09:22tidak semestinya aliran minyak itu akan mudah untuk mengalir ke rantau kita.
09:27Jadi, untuk, sebagai contoh, Indonesia berdepan dengan kesukaran.
09:32Indonesia berdepan kesukaran untuk mendapatkan kebenaran laluan
09:36di selak hormus daripada Iran.
09:38Thailand, tidak kurang daripada satu kapal minyak milik Thailand
09:41telah diserang oleh Iran.
09:43Kerana tidak mendapat persetujuan daripada Iran terlebih dahulu
09:46untuk melalui selak hormus.
09:47Malaysia sebab ini kita mendapat laluan.
09:50Jadi, ini sebenarnya satu bukti
09:54di mana pendirian berprinsip sangat penting
09:57untuk kita menjaga hubungan dengan kesemua pihak
10:00dalam konteks realiti Malaysia sebagai sebuah negara
10:04yang bergantung kepada pelaburan dan juga perdagangan.
10:06Kita bukannya negara kuasa besar.
10:08Kita perlu mengusamakan hubungan baik dengan semua negara.
10:11Dan kita tahulah dengan Amerika Syarikat,
10:13kalipun kita ada tidak kurang daripada 200 bilion
10:16hubungan ekonomi yang cukup penting juga.
10:18Jadi, perlu mengimbangi kepentingan antara kepentingan ekonomi
10:22dan juga kepentingan geopolitik.
10:24Jelas dalam dunia semakin tidak menentu,
10:26kekuatan negara bukan hanya terletak pada keupayaan menghadapi krisis,
10:30tetapi pada kebijaksanaan menyusun keutamaan dan melindungi rakyat.
10:33Malaysia kini bukan sekarang diuji untuk bertahan,
10:35tetapi untuk membuat keputusan yang tepat
10:37demi masa depan negara.
10:38Sekali lagi saya nak ucapkan terima kasih kepada Dr. Abdul Muin Abadi,
10:42Pensyarah Sains Politik Universiti Kebahasaan Malaysia UKM
10:44dan setiap perincian ini akan kami rangkumkan dalam astroawani.com.
Comments

Recommended