Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Kerajaan sedang menilai potensi tenaga nuklear secara menyeluruh sebagai sebahagian usaha memperkukuh keselamatan tenaga negara. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Chang Lih Kang menegaskan tenaga nuklear adalah pelengkap kepada sumber sedia ada dan pertimbangan dibuat secara teliti melibatkan aspek keselamatan, kos serta penerimaan rakyat.
Transcript
00:00Kerajaan sedang menilai potensi tenaga nuklear secara menyeluruh sebagai antara langkah memperkukuh keselamatan tenaga negara.
00:08Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Dato' Chan Lee Kang berkata penilaian itu mengambil kira permintaan tenaga yang semakin meningkat serta
00:16keperluan beralih kepada sumber rendah carbon.
00:22Menurut beliau, penilaian yang sedang dibuat bukan bertujuan menggantikan sumber tenaga sedia ada seperti solar, hidro dan gas, sebaliknya sebagai
00:30pelengkap untuk menjamin bekalan tenaga yang stabil, mampan dan berdari tahan dalam jangka panjang.
00:36Chang menegaskan sebarang keputusan berkaitan teknologi nuklear dibuat secara berhati-hati, teliti dan berasaskan bukti melibatkan pelbagai dimensi penting.
00:45Antara aspek yang diberi perhatian termasuk keselamatan dan pengurusan risiko, kos pelaksanaan dan keboleh daya ekonomian, kerangka perundangan dan takbir
00:54urus, pembangunan modal insan, serta penerimaan dan kefahaman masyarakat.
00:59Penilaian ke atas tenaga nuklear itu dilihat sebahagian perancangan jangka panjang kerajaan untuk mastikan Malaysia mempunyai sistem tenaga yang lebih
01:06berdaya tahan, sejajar sasaran pembangunan mampan dan usaha mengurangkan pelepasan karbon.
01:11Kerajaan sebelum ini berulang kali menegaskan bahawa sebarang keputusan berkaitan tenaga nuklear akan melibatkan libat urus awam, pakar teknikal dan
01:19pihak berkepentingan sebelum dimuktamadkan.
Comments

Recommended